Page 19 - Modul A+ Perniagaan Tg 4_Pan Asia Publications
P. 19

PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH



               BAB 4:  BAHAGIAN-BAHAGIAN FUNGSIAN UTAMA DALAM ORGANISASI PERNIAGAAN

                  TAHAP PENGUASAAN                                        TAFSIRAN

                           1              Menyenaraikan bahagian fungsian dalam organisasi perniagaan.

               Senaraikan bahagian fungsian dalam organisasi perniagaan.

                                                         Bahagian Fungsian
                      ©PAN ASIA PUBLICATIONS
                 Pentadbiran                                        Pemasaran

                 Penyelidikan dan Pembangunan (R&D)                 Sumber manusia
                 Pengagihan                                         Jualan

                 Khidmat pelanggan                                  Kewangan

                 Pembelian                                          Pengeluaran

                 Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT)





                  TAHAP PENGUASAAN                                        TAFSIRAN
                           2              Menerangkan tujuan setiap bahagian fungsian.

                 1.  Sumber manusia bagi sesebuah perniagaan ialah pekerjanya. Jika pekerja dilatih dengan baik dan komitmen
                   terhadap tujuan perniagaan, organisasi tersebut lebih mudah untuk berjaya.
                   Nyatakan tiga tujuan Pengurusan Sumber Manusia dalam organisasi perniagaan.

                   Perancangan sumber manusia
                   Latihan dan pembangunan
                   Perkhidmatan pekerja dan kebajikan

                   Perhubungan industri

                 2.  Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) melibatkan penggunaan teknologi komputer seperti teknologi
                   perisian yang boleh digunakan untuk mengubah, memindah, memproses, menyimpan serta melindungi
                   semua maklumat secara selamat, mudah, cepat dan tepat.
                   Jelaskan empat tujuan bahagian teknologi maklumat  dan komunikasi dalam sesebuah organisasi perniagaan.
                   Memudahkan semua urusan dalam organisasi. Semua pekerja dapat melakukan tugasan dengan lebih
                   efektif dan efisien dengan menggunakan aplikasi khusus.

                   Bertanggungjawab dalam mengawasi keselamatan sistem yang digunakan oleh organisasi.
                   Mempertingkatkan keselamatan sistem dengan perisian yang dapat menghalang daripada dicerobohi oleh

                   orang luar.
                   Menyimpan maklumat dan data perniagaan. Proses penyimpanan maklumat dan data perniagaan yang baik
                   dapat memudahkan pihak pengurusan mengakses data dengan mudah dan cepat.

                   Memudahkan komunikasi dalam organisasi dan pihak luar organisasi. Memudahkan segala urusan yang
                   melibatkan orang luar atau dalaman organisasi dengan menggunakan teknologi dan aplikasi terkini.





                                                                                                                     101




       04_Modul PA21 Prniagaan Tg4.indd   101                                                                    10/24/18   9:16 AM
   14   15   16   17   18   19   20   21   22   23   24