Page 22 - PIBG 2020 try
P. 22
UCAPAN PADA MAJLIS
UCAPAN ALUAN TUAN PENGETUA
(CGU SABARIAH BINTI IBRAHIM)
Pengetua mengucapkan syukur kepada Allah S.W.T kerana dapat melaksanakan Mesyuarat Agung PIBG
SMK Kijal kali ke 28 pada hari ini. Beliau merakamkan jutaan terima kasih kepada Dato’ Haji Wan Mohd
Hasnan Bin Abdullah, Pengurus Besar Petronas Wilayah Pantai Timur dan Tuan Haji Roshali Bin Taha,
Penolong Pegawai PPD Kemaman yang juga Pegawai Perhubungan Sekolah kerana sudi meluangkan masa
bersama dengan kita di sini. Pengetua mengucapkan tahniah dan syabas kepada barisan AJK PIBG
2018/2019 atas komitmen dan usaha sama dalam menjayakan aktiviti sekolah. Pengetua juga mengucap-
kan terima kasih kepada semua ibu bapa yang hadir pada hari ini dan memberi harapan agar perjumpaan
ini dapat membuahkan hasil yang terbaik buat warga SMK Kijal.
Tuan pengetua memaklumkan kepada semua bahawa SMK Kijal terus dikenali kerana satu-
satunya Sekolah Amanah kategori menengah di Kemaman. Beliau berbangga kerana mempunyai barisan
guru yang sangat komited dalam menjalankan segala aktiviti sekolah terutamanya program kecemerlangan
untuk kejayaan anak-anak tuan puan. Guru-guru tidak pernah berkira masa dan tenaga untuk hadir ke
sekolah mengadakan kelas pada waktu petang, hujung minggu atau pada masa cuti sekolah. Beliau
meminta ibu bapa memberi sokongan dan kerjasama sepenuhnya kepada pihak sekolah untuk hadir ke
sekolah jika dijemput dan sentiasa memastikan anak-anak datang ke sekolah. Kecaknaan ibu bapa mampu
melonjakkan prestasi akademik anak-anak dan seterusnya meningkatkan imej SMK Kijal.
Tuan Pengetua turut memberi penerangan berkaitan dengan sekolah amanah kepada ibu
bapa. SMK Kijal mempunyai asrama dan juga kelas PPKI serta mempunyai 975 orang pelajar dan 36 kelas
dibantu oleh 76 orang guru dan 16 orang staf. Amat penting untuk ibu bapa tahu apa yang ada di SMK
Kijal. Sekolah Amanah adalah program Kementerian di bawah pihak swasta di bawah Yayasan AMIR dan
sebahagiannya daripada sumbangan Petronas. Tujuan program Sekolah Amanah adalah untuk melonjak-
kan prestasi dalam kurikulum, dan meningkatkan keberkesanan kepimpinan pihak sekolah. Guru-guru
diberi LADAP dan Kursus Kemahiran Insaniah untuk menghasilkan kumpulan guru sebagai “Middle
Leader” untuk meningkatkan prestasi guru-guru di SMK Kijal. Kita bergerak dengan empat matlamat
sekolah amanah yang melibatkan semua pihak. Dalam matlamat pertama membangunkan kepimpinan
dan pengurusan yang berkualiti tinggi, matlamat kedua meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelaja-
ran, matlamat ketiga memaksimumkan pencapaian dan potensi murid dan matlamat keempat memperku-
kuhkan penglibatan ibu bapa dan pihak berkepentingan yang lain. Berdasarkan SG4 pihak sekolah akan
mengadakan Program Dialog Prestasi Kurikulum bersama ibu bapa pada 28 Januari 2019 dan kaunselor
akan membuat lawatan ke rumah-rumah sebagai pengisian Program Ziarah Cakna. Selain itu, Tuan
Pengetua turut menekankan tentang pemakaian baju unit beruniform pelajar secara lengkap dalam ka-
langan pelajar pada hari Selasa dan pelajar tidak dibenarkan memakai pakaian sukan dan seluar sekolah
pada hari Rabu. Harapan Tuan Pengetua supaya Duit Bantuan Awal Persekolahan (BAP) yang diberikan
dapat digunakan untuk membeli baju uniform yang lengkap. Oleh itu, Tuan Pengetua berharap agar pada
tahun ini sekolah mendapat kerjasama dan komitmen ibu bapa serta komuniti yang tinggi untuk sama-
sama membentuk pelajar yang beriman dan berakhlak mulia. Bayaran dan sumbangan PIBG perlu dise-
gerakan demi merealisasikan visi sekolah demi kemenjadian murid dan dapat mewujudkan sekolah
selamat dan ceria.
Sebagai penutup, Tuan Pengetua sekali lagi merakamkan ucapan terima kasih kepada Dato’
Haji Wan Mohd Hasnan Bin Abdullah, Tuan Haji Roshali Bin Taha, AJK PIBG, guru-guru dan semua ibu
bapa yang hadir dalam mesyuarat pada hari ini. Harapan beliau agar nama SMK Kijal terus unggul dan
berdiri gah sebaris dengan sekolah-sekolah hebat di daerah Kemaman.
22

