Page 23 - PIBG 2020 try
P. 23
UCAPAN YDP PIBG SMK KIJAL
( TN. HJ. HASAN BIN ALI )
Beliau mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan rahmat-Nya dapat
hadir ke Mesyuarat Agung PIBG kali ini. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada Dato’ Wan Mohd
Hasnan Bin Abdullah (Pengurus Besar Petronas Wilayah Pantai Timur selaku perasmi dan Tn Hj Roshali
Bin Taha (mewakili PPD Kemaman) atas kesudian meluangkan masa untuk bersama-sama dalam
Mesyuarat Agung kali ini. Beliau juga mengucapkan ribuan terima kepada semua guru dan ibu bapa
kerana menghadiri mesyuarat Agung kali ini.
Beliau mengucapkan syukur alhamdulillah kerana kehadiran ibu bapa ke Mesyuarat Agung
pada kali ini amat membanggakan dan tiada yang lebih menggembirakan melainkan kehadiran ibu bapa
di sekolah. Beliau menegaskan bahawa suatu ketika dahulu SMK Kijal merupakan sekolah yang teruk
tetapi dengan kerjasama yang telah diberikan oleh ibu bapa dapat mengatasi pelbagai masalah. Banyak
perkara yang dapat dibanggakan sekarang seperti tahun 2017 dua orang murid mendapat straight ‘A’
dalam SPM dan tahun 2018 seorang mendapat straight ‘A’ dalam PT3. Beliau berasa bangga walaupun
tidak mempunyai anak yang bersekolah di SMK Kijal tetapi masih diberi kepercayaan dan dilantik sebagai
YDP PIBG.
Beliau memberitahu supaya ibu bapa janganlah bersungut sekiranya anak-anak perlu mem-
bayar dana kecemerlangan RM50.00 bagi SPM dan PT3, manakala bagi Tingkatan 1, 2 dan 4 membayar
RM30.00. Untuk pengetahuan ibu bapa dana yang dikutip ini akan digunakan untuk kecemerlangan anak
-anak. Bagi memberi penghargaan kepada murid-murid, guru perlu menggunakan peruntukan tersebut
seperti murid cemerlang diperuntukan RM50.00 dan notebook serta kehadiran penuh RM100.00 pada
tahun ini supaya anak-anak rasa dihargai. Tetapi malangnya ada sesetengah ibu bapa yang tidakhadir
semasa majlis penyampaian diadakan di sekolah.
Beliau juga menegaskan bahawa PIBG SMK Kijal mempunyai sebuah bas tetapi malangnya
bas tersebut akan diambil balik oleh Jabatan Pendidikan Negeri. Beliau berasa amat sedih dan dukacita
kerana bas tersebut berada di SMK Kijal tetapi perlu membuat permohonan sekiranya ingin menggunakan
bas tersebut. Untuk pengetahuan ibu bapa, kutipan sewa bas sebelum ini telah digunakan untuk menye-
lenggara bas. Oleh itu, ibu bapa perlu memberi sokong kepada PIBG untuk memastikan bas tersebut
menjadi hak milik PIBG SMK Kijal sepenuhnya selepas ini.
Beliau memberitahu sekiranya kutipan yuran PIBG iaitu sebanyak RM50.00 bagi sebuah
keluarga dibayar pada awal tahun bagi memudahkan aktiviti-aktiviti dijalankan. Sekiranya ibu bapa peneri-
ma BAP RM100.00 dapat menjelaskan yuran sumbangan PIBG dan Kecemerlangan, maka ianya dapat
menampung perbelanjaan pihak sekolah untuk menjalankan aktiviti-aktiviti. Beliau menegaskan sekali
lagi, kita perlu berbangga menjadi rakyat Terengganu kerana mempunyai PETRONAS. Beliau berharap
dengan kehadiran Dato’ Wan Mohd Hasnan Bin Abdullah (Pengurus Besar Petronas Wilayah Pantai
Timur) akan dapat memberi bantuan dari segi kewangan kepada SMK Kijal. Menurut beliau, ganjaran
yang kita dapat tidak akan disangka-sangkakan dengan apa yang telah kita berikan.
Beliau mengakhiri ucapan beliau dengan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah
berusaha membangunkan SMK Kijal selama ini. Beliau juga mengharapkan agar AJK PIBG yang dilantik
pada tahun 2019 dapat memberi sumbangan dan terus berbakti di SMK Kijal. Semoga mesyuarat PIBG
hari ini berjalan dengan baik dan lancar. Sekian, terima kasih.
SMK KIJAL, KEMAMAN 23

