Page 25 - PIBG 2020 try
P. 25
INSTEP menawarkan program-program teknikal yang disediakan khusus bagi industri petroleum yang
menumpukan kepada pengalaman 'handson' iaitu latihan tempat kerja di kemudahan-kemudahan syarikat.
Selaras dengan itu, INSTEP sedang beralih ke arah sebuah pusat kecemerlangan teknikal dengan tanggung-
jawab dalam membangunkan kumpulan tenaga kerja yang berkemahiran tinggi serta kompeten dari segi
teknikal untuk memenuhi keperluan perniagaan jangka panjang PETRONAS. Program-program kum-
pulan kemahiran INSTEP disediakan untuk menawarkan latihan dan pembelajaran dengan menumpukan
kepada kesedaran yang lebih tinggi, pengetahuan serta kemahiran kepada kakitangan mengikut bidang
tugasan masing-masing. Program-program teknikal dikendalikan oleh kakitangan yang berkelayakan serta
berpengalaman luas dalam bidang masing-masing, dengan kaedah yang digunakan adalah selaras dengan
sumber yang ada dan matlamat yang telah ditetapkan.
Beliau menyatakan sekiranya pelajar tersebut memperoleh keputusan yang cemerlang dalam
SPM, mereka boleh menyambung pengajiannya di Universiti Petronas dengan pembiayaan biasiswa dari
Petronas. Lebih 40% anak- anak negeri ini bekerja dalam syarikat minyak dan gas nasional di Kerteh.
Manakala, 70% graduan INSTEP adalah anak-anak Terengganu yang bekerja dalam bidang ini. Oleh itu,
beliau berharap agar anak-anak di SMK Kijal ini menggunakan peluang yang ada dalam program Sekolah
Amanah ini dengan sebaik mungkin menjadi insan yang dapat melahirkan pelajar berkebolehan dan
berketerampilan tinggi. SMK Kijal merupakan ‘feeder school’ bagi SK Telok Kalong, SK Kijal, SK Bukit
Anak Dara dan SK Ibok yang juga merupakan sekolah amanah ini telah didedahkan dengan cara terbaik di
mana mereka telah dipraktikkan dengan cara kepimpinan dan pembelajaran yang terbaik. Petronas turut
berasa bangga dengan kejayaan anak-anak SMK Kijal di atas kejayaan dalam peperiksaan PT3 pada tahun
lepas.
Menerusi program peningkatan bahasa Inggeris di sekolah oleh kerajaan negeri, Trenglish
akan ditambah baik setiap tahun bagi memastikan ia lebih menyeluruh dan berkesan. Petronas turut
memberi peruntukan yang besar iaitu sebanyak RM500,000 bagi meneruskan kesinambungan program ini
tahun demi tahun. Selain program Trenglish, Petronas turut menyalurkan peruntukan RM35 juta bagi
pelaksanaan program Sekolah Amanah di 10 buah sekolah di Terengganu bagi tempoh lima tahun bermu-
la 2016. Beliau turut berasa bimbang kerana masalah utama anak-anak Terengganu adalah tiada keyakinan
untuk bertutur dan berkomunikasi dengan baik dalam Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar, khususnya
di SMK Kijal. Petronas turut mempelawa kepada pelajar-pelajar yang memperoleh prestasi cemerlang
supaya menyambung pengajian di Universiti Petronas.
Sebagai penutup, beliau sekali lagi merakamkan ucapan terima kasih kepada Tuan Haji Roshali, AJK
PIBG, guru-guru dan semua ibu bapa yang hadir dalam mesyuarat pada hari ini kerana memberi ke-
percayaan kepada Petronas untuk menerajui dalam bidang pendidikan khususnya kepada anak-anak Ter-
engganu dan seterusnya beliau merasmikan mesyuarat agung PIBG kali ke 28 SMK Kijal.
Sekian, terima kasih.
SMK KIJAL, KEMAMAN 25

