Page 24 - PIBG 2020 try
P. 24
UCAPAN PERASMI MESYUARAT AGUNG TAHUNAN
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU KALI KE 28 SMK KIJAL
DATO HJ. WAN MOHD HASNAN BIN ABDULLAH
(Pengurus Besar Petronas Wilayah Pantai Timur)
Beliau mengucapkan setinggi-tinggi kesyukuran dengan izin dan rahmat Allah SWT kerana dapat diberi peluang berkum-
pul bersama-sama di Dewan Unggul, SMK Kijal bagi menjayakan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Ibu Bapa dan
Guru (PIBG) kali ke 28 pada hari ini. Beliau juga merakamkan ucapan terima kasih kepada pengerusi majlis, barisan
pentadbir, seluruh warga pendidik, semua ibu bapa, dan anak-anak pelajar yang turut hadir pada hari ini dan memberi
harapan agar perjumpaan ini dapat membuahkan hasil yang terbaik buat seluruh warga SMK Kijal. Beliau juga men-
gucapkan tahniah kepada YDP PIBG serta pengurusan sekolah dan semua ibu bapa kerana berjaya menganjurkan
mesyuarat ini.
Beliau memaklumkan sebagai syarikat minyak dan gas nasional yang lebih 40 tahun beroperasi, Petronas
giat melaksanakan pelbagai inisiatif, termasuk program pendidikan khusus yang bermatlamat membantu pelajar kurang
bernasib baik untuk mendapatkan asas akademik yang kukuh supaya mereka cemerlang dalam pelajaran. Di Terengganu,
khususnya di daerah Kemaman ini Petronas turut melaksanakan tanggungjawab sosial korporat mereka yang merangku-
mi tiga teras utama iaitu dalam bidang pendidikan, kesejahteraan masyarakat (komuniti), dan kelestarian alam sekitar.
Program Sekolah Amanah yang diterajui oleh Yayasan Amir, adalah sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) ber-
matlamatkan memacu transformasi pendidikan mampan yang berfokuskan kepada kecemerlangan murid yang menye-
luruh menerusi kerjasama strategik sektor awam dan swasta. Untuk pendidikan dan pembangunan modal ihsan,
Petronas sedang bekerjasama dengan kerajaan negeri untuk melaksanakan beberapa program tumpuan seperti skop
pendidikan, pembangunan kemahiran teknikal dan meningkatkan para graduan untuk mendapatkan pekerjaan.
Menurut beliau lagi, Petronas turut memberi sumbangan yang besar dalam program Sekolah Amanah
dengan kerjasama Yayasan Amir dan Kementerian Pelajaran Malaysia. Petronas meneruskan komitmennya dalam me-
nyokong perjalanan Sekolah Amanah di negeri ini yang melibatkan 10 buah di bawah tajaannya. SMK Kijal merupakan
salah sebuah daripada lima buah sekolah yang ditaja oleh Petronas di daerah ini selain Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit
Anak Dara, SK Ibok, SK Kijal dan SK Kalong di samping lima buah sekolah di daerah Marang iaitu SMK Wakaf Tapai,
SMK Pengkalan Berangan, SK Wakaf Tapai, SK Pengkalan Berangan dan SK Jerong. Penajaan Sekolah Amanah ini
adalah salah satu daripada komitmen berterusan Petronas dalam menyokong Dasar Pendidikan Negara.
Beliau juga menegaskan bahawa penglibatan ibu bapa amat penting untuk berbincang permasalahan anak-
anak mereka bagi memastikan kecemerlangan anak-anak dalam peperiksaan PT3 dan SPM. Kejayaan meraih keputusan
cemerlang dalam peperiksaan SPM ini seterusnya dapat menempatkan pelajar tersebut dalam bidang mereka minati.
Dalam ucapan beliau juga turut memaklumkan bahawa pelajar-pelajar yang tamat dalam peperiksaan SPM digalakkan
menyambung pengajiannya di Institut Teknologi Petroleum PETRONAS (INSTEP) sebagai juruteknik Petronas.
24

