Page 27 - PIBG 2020 try
P. 27
4.0 Perkara-perkara berbangkit.
4.1 Mokhtar bin Kassim membangkitkan isu perbelanjaan
wang PIBG untuk kegunaan pengurusan. Cgu
Norehan bt Awang menjelaskan secara terperinci
kegunaan wang yang dikatakan untuk kegunaan pen-
gurusan tersebut adalah untuk kepentingan pelajar-
pelajar sekolah bukannya untuk kegunaan guru.
5.0 Membahas dan menerima usul
5.1 Usul 1 : Menyediakan locker berbayar untuk pelajar
kelas bergerak (SBC)
Maklum balas : Pengetua menyatakan penyediaan
locker berbayar boleh dilaksanakan andai ibu bapa
sanggup membayar sewa bulanan. Pengetua men-
cadangkan sewa bulanan sebanyak RM100.00 setahun.
Perkara ini akan ditangguhkan kerana tidak mendapat
sambutan daripada ibu bapa.
5.2 Usul 2 : Tidak menjalankan kelas SBC kerana pelajar
mudah letih, beban membawa buku dan banyak masa
terbuang.
Maklum balas : Penolong Kanan Pentadbiran men-
jelaskan bahawa SMK Kijal merupakan Sekolah Ama-
nah. Maka, satu syaratnya adalah menyediakan kelas
SBC secara menyeluruh. Namun, pihak sekolah hanya
melaksanakan pada peringkat menengah rendah sahaja
kerana kekangan tempat untuk dijadikan kelas. Peno-
long Kanan Pentadbiran juga menjelaskan tentang
kelebihan kelas SBC kepada pelajar-pelajar seperti sum-
ber pengajaran berada dibilik tersebut mengikut mata
pelajaran, pelajar tidak mudah leka dan sentiasa peka
dengan mata pelajaran yang dipelajari dan menguatkan
fizikal.
SMK KIJAL, KEMAMAN 27

