Page 28 - PIBG 2020 try
P. 28
5.3 Usul 3 : Menyediakan bumbung di dataran
perhimpunan.
Maklum balas : Pengetua menyatakan kos untuk
membina bumbung dataran itu adalah sebanyak
RM180 ribu. Hasil kutipan derma yang telah
disalurkan hanyalah Rm18 ribu. Oleh sebab itulah
penyediaan bumbung dataran ini tertangguh.
Maka, pengetua meminta kerjasama dan komitmen
daripada ibu bapa untuk sama-sama mengumpul
dana ini.
5.4 Usul 4 : Selaraskan waktu pulang sekolah dan wak-
tu pulang lebih awal.
Maklum balas : Pengetua menjelaskan bahawa
jumlah mata pelajaran bagi menengah rendah ialah
10 manakala jumlah mata pelajaran bagi menengah
atas 11. Namun ada juga kelas menengah rendah
yang mengambil bahasa Arab dan menengah atas
yang hanya mengambil subjek teras iaitu hanya 6
mata pelajaran. Akibat daripada beberapa kekan-
gan yang tidak dapat dielakkan maka waktu pulang
pelajar-pelajar tidak dapat diselaraskan. Pengetua
mencadangkan pelajar-pelajar yang lebih cenderung
balik lewat dari sekolah disarankan untuk tinggal
di asrama bagi memudahkan ibu bapa.
5.5 Usul 5 : Membaik pulih tandas pelajar dan menam-
bah bilangan tandas serta kebersihan tandas.
Maklum balas : Pengetua menyatakan bahawa
tandas ada di setiap blok tetapi dibuka pada waktu
tertentu sahaja. Hal ini juga dilakukan bagi menga-
tasi masalah rokok dalam kalangan pelajar dan
menjadikan pelajar lebih bertanggungjawab menja-
ga tandas serta menggunakan untuk keperluan sa-
haja bukan untuk merokok.
28

