Page 42 - MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH SKP5
P. 42

BAB 3  – MAKLUMAT DAN PERATURAN AM


                     MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH    Sekolah Kebangsaan Pengkalan Chepa


                                        PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG
                                    SEKOLAH KEBANGSAAN PENGKALAN CHEPA

                                               PANDUAN AM UNTUK MURID

               BAB 1 : KEHADIRAN KE SEKOLAH

               Kedatangan pelajar untuk belajar dan untuk kegiatan ko-kurikulum adalah diwajibkan . Ibu bapa/penjaga dimestikan memohon cuti
               bagi  pihak  anak/anak  jagaan  yang  tidak  dapat  hadir ke sekolah  jika menerima  surat  pemberitahuan  untuk  hadir  dari  guru/pihak
               sekolah.

               1.1 Kehadiran

                      1.1.1 Waktu sampai ke sekolah
                      Pelajar -pelajar mesti sampai ke sekolah sebelum jam 7:30 pagi

                      1.1.2 Datang Lewat
                      Kesalahan datang lewat pertama kali dicatat sebagai amaran. Dua kali datang lewat tanpa sebab yang munasabah akan
                      didenda.

               1.2    Tidak Hadir Ke Sekolah

                      1.2.1 Secara berturut-turut
                      TIGA ( 3 ) hari berturut-turut tanpa sebab yang munasabah , diberi Amaran Pertama. TUJUH ( 7 ) hari berikut diberi Amaran
                      Kedua. TUJUH ( 7 ) hari berikut lagi , diberi Amaran Terakhir.Selepas 14 hari dari Amaran Terakhir , pelajar ini diberhentikan
                      persekolahan.

                      1.2.2 Secara tidak berturut-turut
                      SEPULUH ( 10) hari berturut-turut - Amaran Pertama. DUA PULUH HARI ( 20) hari berikut diberi Amaran Kedua . EMPAT
                      PULUH HARI ( 40) hari berikut Amaran Terakhir. Selepas 20 hari tidak hadir dari Amaran Terakhir , pelajar ini diberhentikan
                      persekolahan.

                      1.2.3 Ponteng Kelas / Sekolah
                      Ditegah ponteng kelas/sekolah. Ponteng sekolah beserta lain-lain kesalahan berat bagi kali kedua boleh dihukum gantung
                      sekolah atau dibuang sekolah.

               1.3    Sakit
                      Ibu  bapa/Penjaga segera memberitahu  Guru  Besar  atau Penolong  Kanan. Ambil surat sekolah  di  pejabat sebelum ke
                      hospital. Bawa surat cuti sakit kepada guru darjah. Laporkan pelajar sakit kepada guru darjah. Rawat sehingga sembuh
                      baru hadir semula ke sekolah.

               1.4    Keluar Masuk Kawasan Sekolah / Bilik Darjah Semasa Belajar dan Peradaban Di Dalam Bilik Darjah .
                      Pelajar tidak dibenarkan masuk/keluar dari bilik darjah melainkan dengan kebenaran guru dan pemakaian kad kebenaran
                      keluar. Pelajar  ditegah sama sekali  keluar  dari kawasan sekolah waktu  persekolahan kecuali  dengan  kebenaran  guru
                      bertugas atau ibu bapa datang menjemput .
                      Pelajar-pelajar wajib memakai kad kebenaran keluar apabila keluar kelas semasa belajar. Beri perhatian semasa guru
                      sedang mengajar.

                      Dilarang: Bergurau ,berlari atau mengusik rakan/orang lain.
                                 : Bermain kapur tulis/pen marker dan menconteng dinding / papan tulis.

                      Ketua Darjah hendaklah memberi hormat kepada setiap pelawat yang
                      memasuki kelasnya. Ketua Darjah sentiasa mempastikan semua pelajar kelasnya berdisiplin dan suasana kelas terkawal
                      Pastikan lampu dan kipas di kelas sentiasa ditutup apabila meninggalkan kelas atau sewaktu hendak pulang.

                1.5          Pengguna Basikal / Kenderaan Awam
                      Pelajar-pelajar  yang  berbasikal  hendaklah  berada  di  sebelah  kiri  jalan.  Pelajar-pelajar  ditegah  dari  berbasikal  secara
                      beriringan. Menunggang basikal hendaklah dalam satu barisan .

                      Pelajar-pelajar ditegah: berlumba-lumba, menunggang basikal dengan cara yang berbahaya, melepaskan handel basikal
                      semasa menunggang.

               1.6    Waktu Belajar
                      Waktu persekolahan adalah sebagaimana berikut :

                         a)   Tahun 1, 2 dan 3     ( Tahap Satu )
                              Hari Ahad                      7:45 pagi    Hingga     1:15 petang
                              Hari Isnin – Khamis            7:45 pagi    Hingga     12:45 tengahari

                         b)   Tahun 4, 5 dan 6     ( Tahap Dua )
                              Hari Ahad – Khamis             7:45 pagi    Hingga     1:15 petang



                     S-SMART   K-KREATIF    P-PROAKTIF    C-CELIK IT                                   42
                                                                                                 Hak Cipta Terpelihara - Cuji
   37   38   39   40   41   42   43   44   45   46   47