Page 43 - MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH SKP5
P. 43

BAB 3  – MAKLUMAT DAN PERATURAN AM


                     MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH    Sekolah Kebangsaan Pengkalan Chepa


               1.7    Peradaban Islam
                      Beri salam apabila berjumpa dengan guru , kawan, kakitangan dan juga pelawat. Jika bukan Islam ,ucapkan Selamat Pagi
                      / Tengahari / Petang.
                      Salam daripada guru / pelawat Islam wajib dijawab .
                      Apabila guru / pelawat masuk ke kelas, semua pelajar bangun dan beri salam / tunggu salam darinya dan jawab. Pada
                      yang bukan Islam ucapkan Selamat Pagi cikgu / encik / tuan dsb.

               1.8    Keselamatan
                      Pelajar hanya dibenarkan meninggalkan sekolah sebelum tamatnya sesi persekolahan jika :
                              a)     Ibu bapa / penjaga menjemput dengan
                                     mendapat kebenaran Guru Besar atau Penolong
                                     Kanan terlebih dahulu .
                              b)     Dihantar oleh guru ke tempat yang diperlukan.
                              c)     Ke klinik / hospital atau ke tempat tertentu dengan
                                     diiringi Guru Kelas/ Guru Bertugas/ Penolong Kanan atau Guru Besar.

               BAB 2 : KEKEMASAN DIRI DAN PAKAIAN SERAGAM

               2.1.1   Seluar
                      Pelajar lelaki hendaklah memakai seluar panjang berwarna biru tua kecuali pengawas sekolah. Bukaan seluar hendaklah
                      tidak kurang daripada 14 cm dan tidak melebihi 20 cm. Labuh kaki seluar hendaklah sekurang-kurangnya menutup buku
                      lali. Seluar potongan jeans atau seluar jeans tidak dibenarkan. Pelajar lelaki dilarang memakai seluar yang disambungkan
                      atau seluar yang sengaja ditampal.

               2.1.2   Stoking
                      Hanya  stoking  putih  tanpa  belang  dan  tulisan  sahaja  yang  dibenarkan,  kecuali  pengawas  sekolah.  Panjang  stoking
                      sekurang-kurangnya 6 cm ( 2.5 inci ) dari bahagian atas buku lali.

               2.1.3   Kasut
                      Hanya kasut kain ( canvas ) berwarna putih atau hitam sahaja tanpa jalur atau tanpa tulisan berwarna dibenarkan . Tali
                      kasut juga berwarna putih hendaklah diikat dengan kemas dan rapi . Tidak dibenarkan terurai / longgar atau diikat ke betis.
                      Telekung berwarna putih sahaja dibenarkan kecuali pengawas sekolah. Tidak dibenarkan memakai kerongsang pada kain
                      tudung. Diwajibkan memakai terbus penuh berwarna putih . Bagi pengawas sekolah terbus berwarna hitam.

               2.1.4   Rambut
                      Keseluruhan  bahagian  rambut  mestilah  ditutupi  dengan  kain  tudung  /  mini  telekung  yang  berwarna  putih  atau  warna
                      berdasarkan  jawatan  yang  dipegang.  Tidak  dibenarkan  mewarnakan  rambut  dengan  sebarang  pewarna.  Bagi  pelajar
                      perempuan  yang  bukan  beragama  Islam  rambut  hendaklah  tidak  melebihi  paras  bahu.  Sekiranya  ada  pelajar  yang
                      berambut panjang dan enggan memotong pendek , mereka dinasihatkan mengikat rambut masing-masing supaya tidak
                      jatuh ke bahu. Ikatan rambut sebagai tocang ( plait ) atau “ ponytail ” boleh dibenarkan.

               2.1.5   Lencana
                      Lencana  hendaklah  dipakai  pada  mini  telekung  atau  kain  tudung  di  bahagian  dada  di  sebelah  kiri.  Pelajar  hendaklah
                      menampakkan lencana sekolah pada setiap helai kain tudung yang dipakai.

               2.2    Larangan
                      Pelajar  perempuan  tidak  dibenarkan  memakai  sebarang  alat  solek  termasuk  wangi-wangian  yang  berlebihan.  Tidak
                      dibenarkan berkuku panjang. Tidak dibenarkan jari berinai. Tidak dibenarkan memakai barang-barang kemas / perhiasan.
                      Tidak dibenarkan mewarna rambut dan mencukur kening.

               2.3    Pengawas Sekolah
                      Pengawas sekolah adalah pelajar yang dilantik oleh pihak sekolah . Mereka yang dipilih mempunyai peribadi yang baik ,
                      dapat memikul tanggungjawab, jujur, dedikasi dan berani menjalankan tugas. Pengawas sekolah adalah bertanggungjawab
                      untuk mengawasi dan memastikan setiap peraturan sekolah dipatuhi dan diikuti oleh setiap pelajar sekolah ini. Setiap
                      pengawas perlu memiliki sebuah buku catatan kecil untuk mencatat salahlaku pelajar.

                      2.3.1   Lelaki
                      Baju berwarna kuning langsat berlengan panjang dan tidak berlipat. Seluar panjang berwarna koko. Kasut kulit / kanvas
                      hitam  bertali  dan  memakai  vest  berwarna  coklat.  Lencana  pengawas  dan  tali  leher  mesti  dipakai  sepanjang  masa
                      persekolahan. Sentiasa memakai tanda nama.

                      2.3.2   Perempuan
                      Baju kurung berwarna kuning langsat berlengan panjang dan tidak berlipat. Kain sarung berwarna koko. Kasut kulit / kanvas
                      hitam bertali. Mini telekung / kain tudung berwarna koko. Lencana pengawas hendaklah dipakai sepanjang masa. Sentiasa
                      memakai tanda nama.

               BAB 3 : KEBERSIHAN

               3.1    Kebersihan Bilik Darjah dan Sekitarnya
                      Sekolah ialah sekolah kita bersama, kebersihannya adalah tanggungjawab kita bersama . Bilik darjah hendaklah sentiasa
                      bersih  dan  kemas.  Ikut  jadual  tugasan  kelas  (  Duty  Roster  ).  Jangan  simpan  sampah  di  dalam  laci  meja.  Ditegah
                      menconteng dinding dengan sebarang alat. Ditegah melukis, menoreh sebarang meja, kerusi dan lain-lain alat. Ditegah
                      merosakkan harta benda di dalam kelas.
                      Elakkan diri daripada membuat sampah supaya kerja menjaga kebersihan menjadi lebih senang. Cintailah tong sampah,
                      kunjungilah ia selalu.



                     S-SMART   K-KREATIF    P-PROAKTIF    C-CELIK IT                                   43
                                                                                                 Hak Cipta Terpelihara - Cuji
   38   39   40   41   42   43   44   45   46   47   48