Page 47 - MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH SKP5
P. 47
BAB 3 – MAKLUMAT DAN PERATURAN AM
MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH Sekolah Kebangsaan Pengkalan Chepa
14. PERLAKUAN WAKTU MENGAJAR
14.1 Semasa mengajar guru-guru hendaklah berada di dalam keadaan yang cergas serta membolehkan
mereka mengawal murid dengan baik serta menyampaikan pengajaran dengan teratur. Mengajar sambil
duduk/bertenggek di atas meja adalah tidak dibenarkan.
14.2 Semasa mengajar guru-guru hendaklah mewujudkan suasana pembelajaran yang aktif. Jangan
sama sekali membiarkan mana-mana pelajar tidur dan membuat bising.
15. BUKU LATIHAN MURID
15.1 Guru-guru hendaklah memberitahu murid-murid untuk hanya menggunakan buku latihan yang ada
dijual di kedai buku sekolah atau mana-mana buku latihan yang dipersetujui oleh Guru Besar untuk
kegunaan mereka.
15.2 Guru-guru hendaklah mempastikan setiap murid membuat kerja latihan yang diarahkan dan
mengawasi supaya segala kerja murid dilakukan dengan bersih, kemas dan teratur.
16. LATIHAN BERTULIS DAN PEMERIKSAANNYA
16.1 Guru hendaklah memberi latihan bertulis kepada murid-murid seberapa kerap yang mungkin.
16.2 Latihan yang diberi hendaklah yang boleh mencabar kebolehan keupayaan murid.
16.3 Pemeriksaan latihan bertulis hendaklah dilakukan oleh guru sendiri dan dijalankan secepat
mungkin dan hendaklah sentiasa kemaskini. Guru-guru tidak boleh menyimpan satu-satu buku latihan
murid-murid lebih dari satu minggu di bilik darjah.
17 PERHUBUNGAN SESAMA RAKAN SEJAWAT
17.1 Guru dan staf sokongan perlu menjalinkan hubungan peribadi secara profesional yang baik dan
sihat sesama rakan dan hendaklah sentiasa memelihara tutur kata supaya wujud perasaan kekitaan
dalam organisasi.
17.2 Perhubungan yang berbentuk kumpulan berdasarkan kepada kaum, status sosial, sosio ekonomi,
kelulusan dan sebagainya adalah tidak dibenarkan sama sekali wujud di sekolah. 17.3 Guru-guru
dikehendaki sentiasa berkerjasama di antara satu sama lain dan mewujudkan kemesraan dan
keseronokan semasa bertugas
18. GURU SEBAGAI PEMIMPIN TELADAN DI SEKOLAH
18.1 Guru-guru dikehendaki menonjolkan sikap kepimpinan yang baik untuk dijadikan teladan kepada
murid-murid.
18.2 Guru-guru/Staf sokongan dilarang merokok di kawasan sekolah.
PANDUAN SEMASA BERLAKU KECEMASAN
SEKOLAH KEBANGSAAN PENGKALAN CHEPA
1. Jikalau kebakaran berlaku di sekolah, orang pertama yang nampak kebakaran itu perlulah melaporkan kepada Pengetua,
guru bertugas atau kerani di pejabat dengan serta merta.
2. Pekerja pejabat akan membunyikan loceng kecemasan (dibunyikan dengan tidak henti-henti) dan suis utama lektrik akan
ditutup.
3. Apabila terdengar loceng kecemasan, pelajar-pelajar hendaklah keluar dengan segera dari kelas/makmal. Guru yang
sedang mengajar ketika itu harus mengiringi mereka ke padang sekolah. Pelajar hendaklah melalui tangga yang
ditetapkan. Sekiranya kebakaran menyebabkan sesuatu tangga tidak boleh digunakan, pelajar harus menggunakan tangga
lain yang berhampiran dengan mereka.
Apabila loceng kecemasan berbunyi 3 kali atau berkali-kali secara luar biasa, maka tindakan-tindakan berikut perlu diambil :-
Bil Tindakan Perkara
- mengawal pelajar keluar dari kelas mengikut pelan yang disediakan, ke
1. Guru mata pelajaran padang sekolah.
- Sentiasa bersama pelajar sepanjang perjalanan ke padang.
- mengikut arahan guru mata pelajaran
- jangan panik atau takut.
- jangan berebut-rebut keluar dari kelas.
2. Pelajar
- Beratur dan turun mengikut tangga yang paling dekat, dan terus menuju
ke padang sekolah.
- Jangan bising.
- Ambil buku kedatangan dari staf pejabat.
3. Guru Kelas - Pastikan bilangan pelajar cukup.
- Sentiasa bersama pelajar kelas masing-masing
- Telefon bomba berdekatan (Balai Pengkalan Chepa). No 994 atau
7744444.
4. Staf Pejabat
- Edarkan buku kedatangan kepada guru-guru kelas di tempat mereka
berada.
5. Guru Badan Beruniform - Bersedia membantu kes-kes kecemasan (jika ada)
6. Pengawas - Membantu guru-guru mengawal pelajar.
S-SMART K-KREATIF P-PROAKTIF C-CELIK IT 47
Hak Cipta Terpelihara - Cuji

