Page 45 - MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH SKP5
P. 45
BAB 3 – MAKLUMAT DAN PERATURAN AM
MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH Sekolah Kebangsaan Pengkalan Chepa
6.2.2 Semua projek yang dirancangkan di peringkat sekolah hendaklah dilaksanakan dengan sempurna.
6.2.3 Guru ganti mestilah terima dengan rela hati dan penuh rasa setiakawan memasuki dan mengajar
kelas-kelas yang telah ditetapkan.
6.2.4 Tidak dibenarkan membuat kenyataan akhbar.
6.2.5 Segala masalah pelajaran dan pembelajaran hendaklah dirundingkan.
6.3 Mengutamakan kepentingan setiap murid di sekolah.
6.3.1 Adalah menjadi tanggungjawab bersama guru-guru terhadap masalah disiplin dan akhlak.
6.3.2 Guru-guru bertanggungjawab mengatasi dan mengawasi masalah ponteng, kesihatan, kebajikan,
kebersihan murid, bilik darjah dan sekolah.
6.3.3 Bersikap tegas terhadap pelajar tetapi elakkan dari melakukan deraan.
6.3.4 Denda yang dikenakan hendaklah berbentuk positif dan memberi pengajaran kepada murid. Denda
yang boleh merugikan murid-murid di dalam pelajaran adalah dilarang.
6.4 Waktu tidak mengajar (Free Period)
6.4.1 Bukan’free’ mutlak tetapi ‘non-teaching period’
6.4.2 Gunakan untuk membuat perancangan, menyemak kerja murid, sediakan BBM, buat rujukan atau
menulis persediaan mengajar.
6.4.3 Berbincang secara professional dengan rakan sejawat tentang masalah murid dan PdP.
6.4.4 MAKAN sekadar menghilangkan lapar.
6.4.5 Jangan mewujudkan “Budaya Kopitiam”
6.5 Tugas mengawas Peperiksaan Dalaman
6.5.1 Diwajibkan untuk semua guru.
6.5.2 Mesti ikut waktu mula hingga waktu tamat seperti yang telah ditetapkan dalam Jadual Pengawasan
Kelas.
6.5.3 Dilarang melakukan aktiviti lain seperti memeriksa kertas jawapan pelajar, membaca akhbar,
menanda buku latihan atau berbual dengan rakan sejawat.
CUTI
7.1 Cuti Rehat/Cuti Penggal
Mengikut Surat Perkeliling Kementerian Pelajaran KP (PP) 0046.SJ/A(30) bertarikh 24 Disember 1993,
guru berkelayakan mendapat cuti penggal sekolah untuk menggantikan cuti rehat. Tetapi guru boleh
dipanggil bertugas oleh Guru Besar tidak melebihi sepertiga daripada jumlah cuti sesuatu tahun untuk
menjalankan tugas-tugas selain daripada tugas mengajar biasa.
7.2 Cuti Rehat Khas (CRK)
7.2.1 Pada masa ini, pelaksanaan Cuti Rehat Khas kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan
diperuntukkan di bawah Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2005 dan Surat
JPA.SARAAN(S)63/51/8 Jld.2 (11) bertarikh 17 Februari 2015. Kerajaan telah bersetuju untuk
menaikkan kadar kelayakan Cuti Rehat Khas bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan daripada tujuh (7)
hari kepada sepuluh (10) hari setahun.
7.2.2 Cuti Rehat Khas yang tidak dapat dihabiskan tidak boleh dibawa ke tahun berikutnya tetapi
dibenarkan untuk dikumpul bagi tujuan Pemberian Wang Tunai Gantian Rehat bagi pegawai yang layak.
7.2.3 Layak dipohon dan kelulusan atas budi bicara Guru Besar dengan syarat tidak menjejaskan
keberkesanan pengurusan pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
7.2.4 Mesti dipohon daripada Guru Besar dengan berjumpa secara peribadi BUKAN isi borang dan
tinggalkan kepada Pembantu Tadbir.
7.2.5 Isi borang setelah mendapat kebenaran.
7.2.6 Permohonan hendaklah dibuat lebih awal sekurang-kurangnya 3 hari sebelum, kecuali kes-kes
kecemasan (perlu maklum melalui telefon).
7.2.7 CUTI BUKAN ALASAN UNTUK MELEPASKAN TANGGUNGJAWAB. GURU BESAR BERHAK
7. MEMBATALKAN CUTI ATAU MEMANGGIL GURU KEMBALI BERTUGAS SEKIRANYA PERLU.
7.3 Cuti Sakit
7.3.1 Sijil Sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta yang melebihi dua hari berturut-turut hendaklah
disahkan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan.
7.3.2 Cuti sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta tidak boleh melebihi 15 hari dalam setahun.
7.3.3 Cuti sakit yang melebihi 90 hari setahun sama ada berterusan atau putus-putus akan dilaporkan
ke PPD/JPN dan KPM.
7.3.4 Semua jenis cuti sakit hendaklah dilaporkan kepada PPD/ JPN dan KPM.
7.4 Cuti Keluar Negara
Semua guru yang bercuti keluar negara mesti mendapat kelulusan. Sila isikan borang permohonan yang
ada di pejabat sekolah selewat-lewatnya 4 minggu sebelum tarikh bercuti
7.5 Cuti Khas-Isteri Bersalin
Diberikan selama tujuh (7) hari sebagai cuti tanpa rekod kepada anggota perkhidmatan awam lelaki.
Pengiraannya termasuk semua hari rehat dan pelepasan am. Kemudahan ini dihadkan kepada lima (5)
kali dan tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan.
7.6 Cuti Tanpa Rekod
Cuti tanpa rekod yang dibenarkan adalah cuti gantian kerana bekerja lebih masa, cuti latihan pasukan
sukarela, menghadiri latihan atau khemah tahunan pertubuhan/persatuan, latihan syarikat kerjasama,
menduduki peperiksaan, mesyuarat persatuan ikhtisas, mengambil bahagian sukan, tugas khas
perubatan.
S-SMART K-KREATIF P-PROAKTIF C-CELIK IT 45
Hak Cipta Terpelihara - Cuji

