Page 44 - MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH SKP5
P. 44
BAB 3 – MAKLUMAT DAN PERATURAN AM
MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH Sekolah Kebangsaan Pengkalan Chepa
3.2 Bilik Air Dan Tandas
Pelajar-pelajar mestilah menjaga kebersihan dan keselesaan tandas sekolah. Dilarang menconteng dinding tandas.
Ditegah memasukkan sebarang benda ke dalam lubang tandas. Paip-paip air hendaklah ditutup selepas digunakan.
Hendaklah menggunakan tempat yang disediakan untuk membuang air kecil / besar.
3.3 Kantin
Pelajar-pelajar dmestikan membeli makanan dan minuman yang dijual di kantin sekolah. Pelajar tidak dibenarkan
membeli makanan di luar kawasan sekolah. Untuk membeli makanan dan minuman mestilah beratur dan bersabar
mengikut giliran. Ikut arahan pengawas. Makanlah di tempat yang disediakan dengan teratur dan sopan. Membaca doa
sebelum dan selepas makan. Masukkan sisa makanan dan pembugkusnya ke dalam tong sampah yang disediakan.
Pinggan, gelas dan sudu hendaklah diletakkan di tempat yang disediakan dan dilarang meninggalkannnya di atas meja
atau merata-rata tempat. Tidak dibenarkan membawa makanan keluar dari kantin. Ditegah makan di dalam kelas.
PANDUAN AM UNTUK GURU
Bil. Perkara / Aktiviti
PERINTAH AM
Sebagai penjawat awam, guru-guru dan kakitangan sekolah adalah tertakluk dengan arahan yang
1 terdapat di dalam Perintah Am Kerajaan. Oleh itu, semua guru dan kakitangan dikehendaki memahami
dan juga mematuhi Perintah Am tersebut serta pekeliling-pekeliling berkaitan.
ASAS PENGURUSAN SEKOLAH
2.1 Guru dan staf sokongan hendaklah membaca, memahami dan menghayati Rukun Negara, Falsafah
Pendidikan Kebangsaan, Etika Kerja Islam, Teras Perkhidmatan dan Tatasusila Profesion Perguruan
Malaysia.
2.2 Bersama memahami, berkongsi dan menghayati Visi dan Misi Sekolah.
2.3 Bekerja sebagai satu pasukan untuk mencapai Visi, Misi, dan Objektif Sekolah.
2.
2.4 Bertekad dan beriltizam melaksana Piagam Pelanggan Sekolah.
2.5 Dalam menjalankan tugas, meletakkan kepentingan pelajar dan sekolah melebihi kepentingan
peribadi.
2.6 Semua guru adalah guru disiplin.
2.7 Semua guru adalah guru kaunseling
WAKTU HADIR / WAKTU PULANG
3.1 Jadual waktu persekolahan/waktu kerja mesti dipatuhi seperti yang ditetapkan.
3.2 Guru dikehendaki berada dalam kawasan sekolah pada jam 7.25 pagi setiap hari sebelum waktu
persekolahan dan merekod SENDIRI waktu sampai di pejabat.
3.3 Guru hendaklah memberitahu Guru Besar secepat mungkin, kiranya tidak dapat hadir atau terpaksa
datang lewat ke sekolah atas sebab-sebab yang munasabah.
3.4 Semua urusan peribadi guru hendaklah dilakukan di luar waktu persekolahan kecuali dalam keadaan
3. kecemasan.
3.5 Waktu bekerja semua staf sokongan mengikut waktu bekerja perkhidmatan awam yang sedang
berkuatkuasa.
3,6 Guru adalah digalakkan balik selepas 10 minit waktu pulang rasmi. 3.7
Biar murid pulang dahulu untuk elakkan kesesakan.
3.8 Guru / Staf perlu tunjukkan teladan yang baik.
3.9 Pastikan guru/staf merekod SENDIRI waktu pulang
KELUAR WAKTU BERTUGAS
4.1 Pada waktu persekolahan/kerja guru dan staf sokongan tidak dibenarkan meninggalkan kawasan
sekolah kecuali jika ada sesuatu perkara yang tidak dapat dielakkan dengan syarat mendapat kebenaran
daripada Guru Besar atau Penolong Kanan (jika ketiadaan GB)
4. 4.2 Guru dan staf sokongan dikehendaki mencatat dalam Buku Kebenaran Keluar di pejabat..
4.3 Kerja bertulis/tugasan hendaklah disediakan untuk pelajar sebelum meninggalkan sekolah
4.4 Guru dan staf sokongan hendaklah merekod waktu semasa keluar dan masuk semula dalam Buku
Kebenaran Keluar.
MELAKUKAN KERJA LUAR
Penjawat awam (termasuk guru) dibolehkan melakukan kerja luar dengan mematuhi
Perintah Am Bab ‟D‟ seperti berikut:-
5.1 Memohon kebenaran bertulis daripada Ketua Jabatan.
5. 5.2 Dibenarkan dengan syarat:-
5.2.1 Tidak dilakukan semasa waktu bekerja/pejabat.
5.2.2 Tidak menjejaskan sebagai penjawat awam.
5.2.3 Tidak dengan apa-apa cara berkecenderungan bercanggah dengan kepentingan jabatan.
DISIPLIN GURU
6.1 Menghayati tatasusila profesion perguruan sebagai satu profesion dan bukan sebagai satu kerja:
6.1.1 Bertanggungjawab bagi menentukan pencapaian akademik dan pendidikan semua murid dengan
memuaskan.
6. 6.1.2 Menjalankan tugas-tugas kokurikulum seperti mana yang ditetapkan dan ditugaskan. Setiap
kegiatan yang melibatkan murid perempuan mestilah dihadiri bersama oleh guru perempuan.
6.1.3 Batasan pergaulan antara sesama kakitangan dan murid-murid hendaklah sentiasa dijaga.
6.2 Menghayati prinsip-prinsip perkhidmatan cemerlang.
6.2.1 Menepati masa.
S-SMART K-KREATIF P-PROAKTIF C-CELIK IT 44
Hak Cipta Terpelihara - Cuji

