Page 53 - MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH SKP5
P. 53
BAB 3 – MAKLUMAT DAN PERATURAN AM
MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH Sekolah Kebangsaan Pengkalan Chepa
4. Jawatankuasa Disiplin / Pengawas / Kaunseling
4.1 Menubuhkan badan pengawas sekolah dengan nasihat PK HEM.
4.2 Memaklumkan kepada semua murid tentang peraturan-peraturan sekolah.
4.3 Mempamerkan peratutan-peraturan sekolah pada papan kenyataan.
4.4 Melatih pengawas-pengawas sekolah dan menyelia tugas-tugas yang dijalankan oleh pengawas.
4.5 Sentiasa mengawasi pelaksanaan peraturan-peraturan sekolah denga kerjasama semua guru.
4.6 Menyiasata dan menyelesaikan segala masalah yang berlaku dengan adil.
4.7 Merekod setiap kes dan nama-nama murid yang bersalah /dihukum ke dalam buku laporan disiplin murid.
4.8 Merekod dan menyediakan laporan kes disiplin murid.
4.9 Mengadakan aktiviti latihan kebakaran sekurang-kurangnya dua kali setahun.
5. Jawatankuasa SPBT
5.1 Menyiapkan dan menyediakan buku stok SPBT.
5.2 Menyimpan dan mengemaskinikan fail SPBT.
5.3 Mengedarkan buku-buku teks murid/guru kepada guru kelas.
5.4 Menerima buku-buku yang bertukar.
5.5 Mengisi borang-borang penyemakan dari biro buku teks.
5.6 Mengemaskini dan menyimpan buku-buku teks dengan baik.
5.7 Mengesan kehilangan buku teks serta mendapatkan gantinya. Jika hilang murid mesti ganti.
5.8 Menyampaikan arahan-arahan mengenai buku teks kepada murid-murid.
5.9 Mengumpul semula buku teks daripada murid-murid diakhir tahun.
5.10 Membuat permohonan bagi menghapuskira buku-buku teks lama/rosak yang lebih daripada 10 tahun.
5.11 Memahami dan meneliti semua arahan SPBT dari Biro Buku Teks.
6. Jawatankuasa Teknologi Pendidikan
6.1 Melantik Jawatankuasa Pusat Sumber Sekolah.
6.2 Mengurus perlantikan pengawas PSS.
6.3 Membuat peraturan PSS dan jadual RTVP berpandukan jadual agung .
6.4 Menyediakan organisasi PSS.
6.5 Mengendalikan kegiatan PSS seperti penyusunan buku , penjaman, jadual penggunaan , stok, mengkatalog dan
lain-lain.
6.6 Mengubahsuai dan menghias PSS.
6.7 Memaparkan dan menyebarkan judul-judul buku yang bertambah.
6.8 Memilih buku untuk PSS dan menguruskan pesanan buku atau bahan keperluan PSS (mesti melalui guru besar).
6.9 Menyediakan borang pinjaman APD / BBM dan penyeliaan pinjaman / penggunaan.
6.10 Memberi taklimat kepada guru – guru mengenai cara-cara penggunaan dan penjagaan alat-alat APD/BBM.
6.11 Mengurus bilik BBM, pastikan BBM berada dalam keadaan teratur dan senang diambil.
6.12 Memastikan bilik PSS, APD, dan BBM sentiasa kemas dan bersih.
7. Jawatankuasa Kokurikulum
7.1 Menubuh pasukan/rumah sukan/kelab/persatuan/badan beruniform dengan nasihat Penolong Kanan Kokurikulum.
7.2 Merancang segala aktiviti unit/badan dan mengawas/menyelia pelaksanaan aktiviti.
7.3 Menyelaras kegiatan pendidikan jasmani dan pastikan mengikut sukatan pelajaran.
7.4 Membuat jadual latihan, pertandingan , permainan dan jenis-jenis permainan dan kegiatan.
7.5 Memastikan semua guru dan murid terlibat dalam kegiatan kokurikulum.
7.6 Memastikan padang sentiasa terjaga dan bersih.
7.7 Mengurus dan menyelia stok sukan dan pendidikan jasmani.
7.8 Mengurus sebarang penyertaan murid dan mana-mana pertandingan.
7.9 Lain-lain tugas berkaitan dengan kokurikulum yang mesti dilaksanakan/ dikemaskinikan.
7.10 Lain-lain tugas yang diarahkan oleh Guru Besar /Penolong Kanan dari masa kesemasa.
8. Unit Keceriaan, Kebersihan, dan Pembangunan Sekolah
8.1 Menyelia bangunan kawasan sekolah , melapor segera jika ada kerosakan atau kekurangan alat-alat atau perabot
sekolah kepada pihak berkenaan atau guru besar.
8.2 Merancang kedudukan kelas, papan-papan kenyataan sekolah atau lain-lain berkaitan keceriaan sekolah.
8.3 Mengurus hal-hal kebersihan sekolah dan tandas.
8.4 Memastikan tong-tong sampah berada ditempat yang sesuai.
8.5 Mengurus/menyelia keselamatan bangunan/kawasan sekolah.
8.6 Membaiki segera segala kerosakan kecil seperti kerusu meja murid/guru, almari, pintu dan lain-lain peralatan.
8.7 Merancang kawasan keceriaan yang diutamakan seperti mural dinding, taman, tanaman pokok-pokok dan lain-lain
berkaitan.
8.8 Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar / Penolong Kanan dari masa kesemasa.
S-SMART K-KREATIF P-PROAKTIF C-CELIK IT 53
Hak Cipta Terpelihara - Cuji

