Page 50 - MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH SKP5
P. 50

BAB 3  – MAKLUMAT DAN PERATURAN AM


                     MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH    Sekolah Kebangsaan Pengkalan Chepa

               Senarai Tugas

               1.   Merancang takwim dan aktiviti-aktiviti kokurikulum.
               2.   Menyusun dan menyelaras aktiviti kokurikulum.
               3.   Memantau aktiviti kokurikulum.
               4.   Menyediakan anggaran belanjawan pengurusan kokurikulum,
               5.   Menentukan langkah-langkah keselamatan di dalam aktiviti-aktiviti kokurikulum telah diambil.
               6.   Membantu di dalam segala jenis penerbitan sekolah dalam hal ehwal kokurikulum.
               7.   Bertanggungjawab mengenai lawatan-lawatan anjuran sekolah.
               8.   Menyelaras hari-hari perayaan dan upacara sekolah.
               9.   Menyelaras pengagihan penyertaan murid di dalam kelab/persatuan, unit beruniform, sukan/permainan.
               10.  Menguruskan pemilihan peserta untuk pertandingan di dalam/luar sekolah.
               11.  Menentukan penglibatan semua murid di dalam aktiviti kokurikulum serta mempertingkatkan tahap pencapaian.
               12.  Menguruskan segala peralatan dan kemudahan untuk aktiviti kokurikulum.
               13.  Memastikan segala rekod dan data-data kokurikulum diselenggarakan.
               14.  Menguruskan kursus dan latihan untuk guru dan murid dalam bidang kokurikulum.
               15.  Mengenal pasti guru-guru atau murid-murid yang berpotensi di dalam aktiviti kokurikulum dan mengadakan latihan untuk mereka.
               16.  Menganggotai jawatankuasa-jawatankuasa yang diluluskan oleh Guru Besar dari semasa ke semasa
               17.


                               PANDUAN SENARAI TUGAS GURU DAN JAWATANKUASA

               1.     GURU KELAS

               1. Pengurusan dan Organisasi Kelas

               1.1 Membentuk organisasi kelas yang terdiri daripada Ketua Kelas, Penolong Ketua Kelas, Ketua Keceriaan dan Kebersihan dsb.

               1.2 Menentukan perkara-perkara yang berikut ada di dalam kelas :

               (a) Jadual Waktu
               (b) Jadual Bertugas
               (c) Motto Kelas
               (d) Perabot kelas seperti kerusi-meja guru dan murid mencukupi
               (e) Alatan pembersihan seperti penyapu, bakul sampah dan penceduk sampah
               (f) Papan tulis, kapur, papan kenyataan, almari dll keperluan bilik darjah mencukupi dan dalam keadaan baik dan teratur.

               1.3 Melaporkan perabot dan peralatan yang rosak kepada guru berkenaan.
               1.4 Membimbing organisasi kelas/ murid yang dilantik menjalankan tugas.
               1.5 Mengadakan tabung kelas dengan jumlahnya terpulang kepada budi bicara murid.
               Tabung ini adalah bagi tujuan yang berikut:
               (a) Kebajikan murid
               (b) Keceriaan kelas jika perlu dll

               2. Kedatangan Murid dalam i-hadir dan Sistem Aplikasi Pengkalan Data Murid (APDM)

               2.1 Mengemaskini maklumat murid di dalam system APDM.
               2.2 Menanda kedatangan murid dalam i-hadir di dalam system APDM.
               2.3 Memastikan data terkini murid di dalam kelas.

               3. Laporan / Rekod Profil / Kemajuan Murid, Sijil Berhenti, Surat Akuan, Buku Rekod Kesihatan, Rekod Pergigian dan Kad 001R

               3.1 Memastikan setiap murid mempunyai
               (a) Rekod Profil / Kemajuan Murid
               (b) Kad 001R
               (c) Kad Kesi hatan
               (d) Kad Pergigian
               (e) Buku Nilam

               4. Bayaran Tambahan dan Derma

               4.1 Mengutip bayaran tambahan sekolah pada awal tahun persekolahan dan menggalakkan murid membayar kesemua yuran
               sekali gus.
               4.2 Mengutip derma PIBG.
               4.3 Mengutip yuran peperiksaan bagi kelas peperiksaan .
               4.4 Mengeluarkan resit rasmi kepada murid bagi pembayaran yang dibuat.
               4.5 Menyerahkan wang kutipan bayaran tambahan sekolah dan wang peperiksaan,Insuran Takaful dan lain-lain derma kepada
               Guru Penolong Kanan (Pentadbiran).
               4.6 Menyerahkan wang kutipan derma PIBG kepada Bendahari PIBG.









                     S-SMART   K-KREATIF    P-PROAKTIF    C-CELIK IT                                   50
                                                                                                 Hak Cipta Terpelihara - Cuji
   45   46   47   48   49   50   51   52   53   54   55