Page 49 - MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH SKP5
P. 49
BAB 3 – MAKLUMAT DAN PERATURAN AM
MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH Sekolah Kebangsaan Pengkalan Chepa
15. Menentukan rancangan pengajaran penggal dan harian,
16. Memastikan perjalanan panitia-panitia mata pelajaran,
17. Membantu menguruskan penyediaan peralatan teknologi pendidikan dan pusat sumber,
18. Membantu menentukan bahan-bahan PSS dan lain-lain buku bacaan serta kesesuaiannya,
19. Menentukan penggunaan dan penyelenggaraan bahan-bahan sumber pendidikan,
20. Menentukan program TV dan Radio Pendidikan diikuti dengan sebaik-baiknya,
21. Membantu serta membimbing guru-guru pelatih dan guru-guru baru dalam latihan menjagar dan tugas-tugas harian mereka,
22. Mengkaji segala jenis laporan yang berkaitan dengan kurikulum serta mencadangkan tindakan susulan,
23. Membantu dalam perancangan dan penyelarasan hal-hal yang berkaitan dengan ujian, peperiksaan, penilaian dan
mencadangkan tindakan susulan,
24. Menyelaras pengurusan dan perjalanan aktiviti-aktiviti bimbingan dan pemulihan.
25. Menyelaras segala jenis program kurikulum anjuran sekolah, PPD, JPN dan KPM.
26. Menganggotai jawatankuasa-jawatankuasa yang diluluskan oleh Guru Besar dari semasa ke semasa.
27.
SENARAI TUGAS PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID
Guru Penolong Kanan HEM bertanggungjawab kepada Guru Besar untuk mencapai matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan. Oleh
itu, beliau bertanggungjawab bagi mempertingkatkan disiplin dan kebajikan murid serta penerapan nilai-nilai murni.
Bidang Tugas
1. Menjalankan tugas-tugas Guru Besar semasa ketiadaan Guru Besar dan Penolong Kanan 1,
2. Mengajar sebilangan waktu mengikut arahan Guru Besar,
3. Bertanggungjawab kepada Guru Besar dalam hal pentadbiran, kurikulum, pengurusan guru dan staf sokongan,
4. Membantu Guru Besar menyelia dan menilai pengajaran dan pembelajaran di sekolah, dan
5. Membantu Guru Besar di dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah.
Senarai Tugas
1. Mengurus dan mengemaskini Rekod Pendaftaran Murid,
2. Menyemak Buku Kedatangan Murid,
3. Mengurus kemasukan, penempatan dan pertukaran murid,
4. Mengurus surat-surat akuan, sijil-sijil murid, surat-surat pengesahan dan pengedaran sijil-sijil berhenti sekolah,
5. Menyemak kad/buku kemajuan murid,
6. Membantu menyediakan anggaran belanjawan sekolah,
7. Menentukan penerapan amalan dan nilai-nilai murni,
8. Memastikan penguatkuasaan peraturan sekolah,
9. Mengambil tindakan yang sesuai terhadap kes-kes salah laku murid,
10. Menyelaras dan menyediakan rekod-rekod disiplin murid,
11. Penasihat Lembaga Pengawas Sekolah,
12. Merancang dan menyelaras pelaksanaan program bimbingan dan kaunseling,
13. Menyelaras dan menyediakan rekod-rekod berkaitan bimbingan dan kaunseling murid,
14. Menyediakan laporan bimbingan dan kaunseling yang diperlukan,
15. Merancang dan melaksanakan program kebajikan dan orientasi bagi murid-murid baru,
16. Menguruskan kemudahan rawatan kesihatan dan pergigian murid,
17. Memastikan program-program kesihatan murid dijalankan dengan sempurna,
18. Menyelaras segala aktiviti kesihatan dan kebersihan murid,
19. Melaksanakan tugas-tugas yang berkaitan dengan Rancangan Amalan Makanan dan Pemakanan, Projek Susu Sekolah dan
lain-lain rancangan bantuan dan kebajikan murid,
20. Menyelaras hal-hal pengeluaran, pengambilan, pengagihan dan hapus kita buku teks,
21. Menguruskan pungutan data-data, mengawal stok serta stor buku,
22. Menyediakan anggaran belanjawan mengurus Skim Pinjaman Buku Teks,
23. Menyelaras penyeliaan yang berkaitan dengan kantin sekolah, dan
24. Membantu perancangan dan pemantauan program kebersihan dan keceriaan sekolah.
25. Menganggotai jawatankuasa-jawatankuasa yang diluluskan oleh Guru Besar dari semasa ke semasa.
SENARAI TUGAS PENOLONG KANAN KOKURIKULUM
Guru Penolong Kanan Kokurikulum bertanggungjawab kepada Guru Besar untuk mencapai matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan.
Oleh itu, beliau bertanggungjawab bagi mempertingkatkan penglibatan dan penyertaan murid-murid di dalam setiap aktiviti
kokurikulum.
Bidang Tugas
1. Menjalankan tugas-tugas Guru Besar semasa ketiadaan Guru Besar, Penolong Kanan 1 dan Penolong Kanan HEM,
2. Mengajar sebilangan waktu mengikut arahan Guru Besar,
3. Bertanggungjawab kepada Guru Besar dalam hal pentadbiran, kurikulum, pengurusan guru dan staf sokongan,
4. Membantu Guru Besar menyelia dan menilai pengajaran dan pembelajaran di sekolah, dan
5. Membantu Guru Besar di dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah.
S-SMART K-KREATIF P-PROAKTIF C-CELIK IT 49
Hak Cipta Terpelihara - Cuji

