Page 52 - MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH SKP5
P. 52

BAB 3  – MAKLUMAT DAN PERATURAN AM


                     MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH    Sekolah Kebangsaan Pengkalan Chepa

               3.TUGAS KETUA PANITIA MATA PELAJARAN

                   •   Menentukan dan bertanggungjawab menyediakan sukatan mata pelajaran yang kemaskini.
                   •   Bertanggungjawab mrnyediakan rancangan pelajaran tahunan penggal dan mingguan.
                   •   Mempengerusikan mesyuarat panitia dan mengemaskinikan fail panitia mata pelajaran .
                   •   Memastikan salinan minit-minit mesyuarat panitia di hantar ke pihak pentadbir sekolah dan PPD.
                   •   Bertanggungjawab  menyenaraikan  pengagihan  guru  mata  pelajaran  mengikut  keperluan  untuk  keperluan  AJK  jadual
                      waktu.
                   •   Menentukan anggaran perbelanjaan tahunan bagi panitianya.
                   •   Membantu dalam membuat pemilihan jenis-jenis buku dan bahan–bahan rujukan untuk Pusat Sumber Sekolah.
                   •   Menentukan penggunaan alat bantu mengajar,kaedah-kaedah pembelajaran terkini.
                   •   Penyelaras menyediakan soalan –soalan peperiksaan/ ujian dan pemeriksaan kertas jawapan.
                   •   Mengesahkan soalan-soalan peperiksaan dan ujian bulanan sebelum dihantar ke bilik cetak.
                   •   Menganalisis keputusan peperiksaan / ujian bulanan bagi mata pelajaran berkenaan dan menyediakan strategi-strategi
                      tertentu untuk tindakan susulan bagi pelajar yang tidak mencapai tahap yang dikehendaki.
                   •   Bertanggungjawab menyediakan bank-bank soalan.
                   •   Membantu dan melaksanakan program kecemerlangan akademik yang dirancangkan oleh pihak sekolah.
                   •   Membantu dalam melaksanakan PPJ akademik untuk UPSR..
                   •   Mengadakan tindak balas kepada setiap perubahan yang diperlukan.
                   •   Membantu dan sentiasa memberi kerjasama dalam mengadakan kursus dalaman kepada ahlinya apabila diperlukan.
                   •   Bertanggungjawab  menyediakan  pelajar  ke  pertandingan-pertandingan  anjuran  PPD,JPN,Kementerian  Pendidikan  dan
                      lain-lain.
                   •   Membantu dan bekerjasama menyelaras aktiviti-aktiviti persatuan akademik .
                   •   Membantu  menyediakan  data-data/maklumat  mengenai  mata  pelajaran  yang  berkenaan  untuk  dipamerkan  di  bilik
                      gerakan.
                   •   Menyimpan salinan jadual waktu persendirian guru bagi mata pelajarannya.
                   •   Membantu guru kanan mata pelajaran membuat pemantauan P&P.
                   •   Bertanggungjawab meningkatkan mutu dan prestasi serta pencapaian pelajar bagi peperiksaan dalaman dan luar seperti
                      PMR dan SPM.
                   •   Bertanggungjawab mengemaskinikan buku stok panitia dan alat alat bantu mengajar diselenggarakan dengan baik.

               4  Jawatankuasa Perancang Sekolah
                        1.1  Merupakan badan induk sesebuah sekolah.
                        1.2  Menyediakan perancangan tahunan serta garis panduan / dasar berkenaan kurikulum, kokurikulum, hal ehwal murid,
                           keceriaan sekolah dan lain-lain pengurusan sekolah.
                        1.3  Menerima, membahas dan menyelia pelaksanaan cadangan-cadangan dari badan-badan berkenaan.
                        1.4  Perhubungan dengan semua jabatan kerajaan, badan berkanun dan awam.
                        1.5  Bertanggungjawab terhadap kebajikan guru / kakitangan dan murid.
                        1.6  Melaksanakan polisi Kementerian Pendidikan/JPN/PPD.
                        1.7  Menyediakan buku pengurusan sekolah.
                        1.8  Menyemak kemajuan yang dicapai dan membuat perubahan yang perlu.
                        1.9  Melakukan tugas-tugas lain yang difikirkan perlu bagi mempastikan tercapainya matlamat pendidikan di sekolah.


               2.  Jawatankuasa Kurikulum
                        2.1  Membuat rancangan tahunan dan memastikan rancangan yang disediakan berjalan dengan baik.
                        2.2  Mencari/menambah BBM yang perlu dan memastikan BBM digunakan dengan berkesan.
                        2.3  Menyemak pencapaian dan keberkesanan P & P bagi tiap-tiap pelajaran dengan setiap akhir tahun.
                        2.4  Melantik ketua panitia matapelajaran bagi setiap matapelajaran dengan persetujuan guru besar.
                        2.5  Menentukan tarikh mesyuarat jaawatankuasa kurikulum dan panitia serta memastikan mesyuarat tersebut dibuat
                           mengikut tarikh yang ditetapkan.
                        2.6  Menyemak dan mengesahkan pelaksanaan aktiviti panitia sepanjang tahun.
                        2.7  Menyelesaikan segela masalah P & P serta mengambil tindakan ke atas kelemahan yang sedia ada.
                        2.8  Berusaha meningkatkan pencapaian prestasi kurikulum sekolah.
                        2.9  Menyediakan senarai tugas panitia setiap matapelajaran.

               3.  Jawatankuasa Unit Peperiksaan
                        3.1  Mengurus segala yang berkaitan dengan UPSR
                        3.2  Menetapkan tarikh peperiksaan dan ujian, jadual peperiksaan, dan jadual bertugas mengawas peperiksaan.
                        3.3  Membahagikan kertas-kertas soalan kepada guru-guru pengawas peperiksaan pada haari peperiksaan.
                        3.4  Membuat analisa keseluruhan pencapaian ujian bulanan dan penggal.
                        3.5  Menyediakan borang atau alat yang diperlukan untuk peperiksaan.
                        3.6  Menguruskan bank soalan sekolah bagi tiap-tiap matapelajaran dan memastikan keselamatan soalan berkenaan.
                        3.7  Lain-lain tugas yang diarahkan dari masa kesemasa.








                     S-SMART   K-KREATIF    P-PROAKTIF    C-CELIK IT                                   52
                                                                                                 Hak Cipta Terpelihara - Cuji
   47   48   49   50   51   52   53   54   55   56   57