Page 48 - MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH SKP5
P. 48
BAB 3 – MAKLUMAT DAN PERATURAN AM
MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH Sekolah Kebangsaan Pengkalan Chepa
SENARAI TUGAS GURU BESAR
Guru Besar bertanggungjawab untuk mencapai matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan. Oleh itu, beliau selaku Ketua
Pejabat bertanggungjawab di dalam setiap aspek bagi melicinkan hal-hal pentadbiran, kurikulum, hal ehwal murid dan
kokurikulum.
Senarai Tugas
1. Mentadbir dan mengurus sekolah dalam semua hal,
2. Merancang program perkembangan guru dan staf sokongan serta pembangunan fizikal sekolah,
3. Mengagih serta menyelia tugas-tugas guru-guru dan kakitangan,
4. Menyelia tatacara pentadbiran dan tatasusila serta lain-lain aspek pengurusan,
5. Melaksanakan Dasar Pendidikan Negara serta segala arahan dan peraturan yang dikeluarkan dari semasa ke semasa,
6. Mengeluarkan arahan dan peraturan untuk guru-guru dan kakitangan bagi melaksanakan setiap jenis tugas sama ada dalam
bidang pentadbiran. kokurikulum dan tatatertib,
7. Mengawal pelaksanaan kurikulum dan aktiviti kokurikulum,
8. Ketua penilai perancangan dan hasil-hasil usaha guru, kakitangan dan murid-murid,
9. Pengerusi Lembaga Tatatertib Sekolah,
10. Penaung Badan Disiplin Sekolah,
11. Penaung Badan Disiplin Murid,
12. Penasihat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG),
13. Ketua pembimbing bagi semua guru dan kakitangan,
14. Ketua protokol bagi semua upacara sekolah,
15. Ketua Pegawai Perhubungan di antara sekolah dengan luar sekolah,
16. Pengerusi Jawatankuasa Perancangan dan Pembangunan Sekolah,
17. Pengerusi mesyuarat penuh guru-guru dan staf sokongan,
18. Pengerusi Jawatankuasa Pembuka Tender Kantin Sekolah,
19. Bertanggungjawab terhadap keselamatan murid-murid, guru-guru, kakitangan dan harta benda sekolah,
20. Mengesahkan kesahihan dokumen-dokumen, dan
21. Bertugas di sekolah semasa cuti penggal sekolah,
22. Mentadbir semua hal ehwal kewangan sekolah,
23. Merancang dan mengawal kewangan sekolah dengan baik dan selamat,
24. Membeli barang-barang keperluan sekolah, dan
25. Ketua Juruaudit Akaun persatuan/kelab sekolah.
26. Menyelia pengajaran dan pembelajaran, Buku Persediaan Mengajar, buku latihan murid dan lain-lain yang berkaitan, dan
27. Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Kurikulum Sekolah.
28. Pendaftar persatuan/kelab sekolah,
29. Pengerusi Jawatankuasa Bimbingan Pelajar,
30. Penasihat kepada persatuan/kelab, dan
31. Penasihat Jawatankuasa Sukan.
SENARAI TUGAS PENOLONG KANAN PENTADBIRAN
Guru Penolong Kanan Pentadbiran bertanggungjawab kepada Guru Besar untuk mencapai matlamat Dasar Pendidikan
Kebangsaan. Oleh itu, beliau bertanggungjawab bagi melicinkan pentadbiran, mempertingkatkan prestasi pengajaran guru-
guru dan pembelajaran murid-murid serta menyediakan khidmat bantu secukupnya.
Bidang Tugas
1. Menjalankan tugas-tugas Guru Besar semasa ketiadaan beliau,
2. Mengajar sebilangan waktu mengikut arahan Guru Besar,
3. Bertanggungjawab kepada Guru Besar dalam hal pentadbiran, kurikulum, pengurusan guru dan staf sokongan,
4. Membantu Guru Besar menyelia dan menilai pengajaran dan pembelajaran di sekolah, dan
5. Membantu Guru Besar di dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah.
Senarai Tugas
1. Membantu menentukan beban tugas guru-guru dan staf sokongan,
2. Membantu menyelaras hal ehwal peperiksaan, kursus-kursus dan latihan guru-guru dan staf sokongan,
3. Membantu menyelenggara dan menyelaras pungutan data, maklumat dan perangkaan,
4. Membantu merancang, menyelaras dan melaksanakan takwim pengurusan sekolah,
5. Membantu dan menyelia kerja-kerja guru dan staf sokongan,
6. Membantu menyediakan anggaran belanjawan tahunan sekolah,
7. Menyelaras penyeliaan penyata kewangan untuk urusan audit tahunan sekolah,
8. Menyelaras semua jenis pungutan yuran sekolah,
9. Menganggotai Lembaga Tatatertib Sekolah,
10. Menjadi penandatangan cek-cek sekolah, dan
11. Mengurus hal-hal bangunan, kawasan, kemudahan fizikal dan keceriaan sekolah.
12. Merancang langkah-langkah keselamatan bersama Guru Besar, dan
13. Merancang dan melaksanakan latihan menghadapi kecemasan/kebakaran dan aktiviti-aktiviti seumpamanya bersama-sama
Guru Besar.
14. Menentukan pelaksanaan kursus-kursus pendidikan,
S-SMART K-KREATIF P-PROAKTIF C-CELIK IT 48
Hak Cipta Terpelihara - Cuji

