Page 73 - MQA DOKUMEN
P. 73

Ijazah Sarjana Doktor Falsafah sejarah (KUIM)
 MQA-02 (Mohon Akreditasi Penuh) JULAI  2017
                       pihak  KUIM  akan  sedaya  upaya  mengikut  prosedur,  piawaian  dan
                       keperluan bidang kajian yang diperlukan. Dengan piawaian daripada HEP

                       ini, pihak KUIM akan mewujudkan penyelidikan yang dijalankan  selaras
                       dengan pengajaran dan pembelajaran.


               6.2.4  Inisiatif  yang  akan  diambil  oleh  pihak  KUIM  dalam  melibatkan  pelajar
                       dalam  penyelidikan  yang  dijalankan  ialah  dengan  mewujudkan  sistem

                       R.A  (Research  Assistant)  yang  biasanya  diamalkan  di  IPT  tempatan.
                       Para  pensyarah  yang  berkenaan  akan  mengenalpasti  keupayaan  dan
                       kemampuan  pelajarnya  dalam  membantunya  menyiapkan  penyelidikan

                       yang  dijalankan.  Pelbagai  insentif  akan  diberikan  seperti  pembayaran
                       elaun dan pembiayaan yuran pengajian.


               6.2.5.   Unit   Penyelidikan  dan    Perundingan     bertanggungjawab     dalam
                       menguruskan     aktiviti   penyelidikan   seperti   permohonan    geran

                       penyelidikan  dalaman  dan  seminar  berkaitan  penyelidikan.  Unit  ini
                       diketuai oleh seorang Ketua Unit dan dibantu oleh seorang Timbalan dan
                       seorang pembantu tadbir.

                       i. Ketua Unit        : Ustaz Rahisam Bin Ramli
                       ii. Timbalan         : Puan Hamidah Bt Norman
                       iii.Pembantu Tadbir   : Cik Nur Fateha Binti Jazlan


               6.2     Kepakaran Pendidikan


               6.3.1  KUIM melibatkan staf akademiknya secara aktif dalam pembangunan
                       program yang mempunyai kepakaran dalam disiplin masing-masing yang

                       telah dinyatakan secara jelas dalam Bidang 2 : Reka Bentuk dan
                       Penyampaian Kurikulum, perkara 2.1.


               6.3.2  KUIM  mempunyai  perancangan  perkembangan  staf  akademiknya  dan
                       ianya  mengambilkira  keperluan  kepakaran  yang  diperlukan  dalam
                       penawaran sesebuah program akademik. KUIM juga mempunyai sebuah

                       unit  yang  diwujudkan  khas  iaitu  Unit  Kualiti  dan  Akreditasi.  Unit  ini
                       ditubuhkan  untuk  memastikan  KUIM  mempunyai  aspirasi  sebuah
                       Universiti iaitu menjalankan penyelidikan dan pembangunan berasaskan

                       keperluan  “niche  area”  Kolej  Universiti.  Keperluan  kewangan  di  dalam
                       perkara ini dinyatakan dalam bajet tahunan KUIM.




                                                           96
   68   69   70   71   72   73   74   75   76   77   78