Page 77 - MQA DOKUMEN
P. 77
Ijazah Sarjana Doktor Falsafah sejarah (KUIM)
MQA-02 (Mohon Akreditasi Penuh) JULAI 2017
7.1.7 Tujuan proses ini dijalankan ialah bagi menghalusi maklumbalas
semakan semula perlu dinyatakan bahawa Jawatankuasa Panel Kajian,
Jawatankuasa Pengajian dan Senat mempunyai wakil dari rakan IPTA
dalam Negara. Perlantikan luar ini dilakukan ialah untuk mendapatkan
pandangan dari mereka yang arif dalam bidang yang berkenaan bagi
menilai maklumbalas semakan semula dan mengenalpasti pencapaian
hasil pembelajaran.
7.1.8 Proses semakan semula kendiri ini banyak membantu di dalam
mengawal haluan untuk mencapai piawaian yang telah ditetapkan.
Kelemahan boleh dikenalpasti melalui analisa yang dilakukan.
Penambahbaikan perlu dilakukan ke atas kelemahan ini kerana ianya
penting dalam mencapai hasil pembelajaran dan objektif kurikulum serta
misi dan visi KUIM.
7.1.9 Antara mekanisme yang dilakukan ialah Bahagian Hal Ehwal Pelajar
KUIM akan menghubungi graduan yang dipilih secara rawak untuk
mengenalpasti prestasi graduan melalui edaran borang kaji selidik.
Melalui maklumat dari borang kaji selidik itu pihak KUIM akan membuat
lawatan ke pejabat majikan yang terpilih untuk mendapatkan prestasi
graduan. Melalui maklumbalas dari graduan dan majikannya, KUIM akan
dapat mengenalpasti kesan hasil dari proses semakan semula kurikulum.
7.2 Penglibatan Pihak Berkepentingan
7.2.1 Antara pihak berkepentingan yang dirujuk dalam proses pemantauan
dan penyemakan program adalah pensyarah, pelajar, majikan, industri
dan panel kajian. Maklum balas yang diberikan oleh pihak
berkepentingan tersebut secara langsung dan tidak langsung akan
diambil kira.
7.2.2 Pandangan pihak berkepentingan akan dipertimbangkan oleh
jawatankuasa semakan dan pantauan program untuk tindakan
penambahbaikan.
7.2.3 Fakulti akan membentangkan laporan hasil penilaian program dalam
Mesyuarat Tetap Senat Siswazah dan Mesyuarat SENAT KUIM.
100

