Page 76 - MQA DOKUMEN
P. 76
Ijazah Sarjana Doktor Falsafah sejarah (KUIM)
MQA-02 (Mohon Akreditasi Penuh) JULAI 2017
BIDANG 7 : PEMANTAUAN DAN SEMAKAN SEMULA PROGRAM
7.1 Mekanisme Pemantauan Dan Semakan Program
7.1.1 Fakulti mempunyai kaedah untuk menganalisa prestasi pelajarnya
berdasarkan analisa dibentangkan di dalam Senat. Antaranya ialah:
i. Analisa Keputusan Peperiksaan (Laporan Kemajuan Pelajar)
ii. Analisa Penilaian Pengajaran (Laporan Pembentangan Pelajar)
Ini dilakukan bagi mengenalpasti pencapaian objektif serta pencapaian hasil
pembelajaran sesebuah program.
7.1.2 Jabatan dan jawankuasa program akan menjalankan kajian terhadap
graduan yang telah tamat pengajian dan berada di dalam industri untuk
tempoh tiga hingga lima tahun bagi melihat kesesuaian kerjaya dengan
bidang pembelajaran, prestasi pembelajaran dan kemahiran insaniah
yang telah diterapkan ketika mengikuti pengajian dalam program ini.
7.1.3 Berdasarkan kepada analisa pencapaian tersebut proses perubahan
diambil jika Senat mencadangkan supaya diadakan penambahbaikan
terhadap kurikulum. Langkah ini diteruskan dengan membawa perkara ini
untuk dibincangkan bersama dalam Jawatankuasa Panel Kajian dan
cadangan perubahan akan dihantar ke MQA untuk kelulusan pindaan
kurikulum.
7.1.4 Tindakan pemantauan dan semakan semula ini diambil bagi memastikan
para pelajar mendapat manfaat yang sebenarnya melalui penilaian hasil
pembelajaran agar ianya mencapai objektif yang ditetapkan.
7.1.5 KUIM menggunakan hasil maklumbalas dari semakan semula untuk
memastikan pelajar mengikuti haluan yang telah ditetapkan serta
mencapai visi dan misi serta “niche area” KUIM. Maklumbalas dari
semakan semula ini juga penting dalam membangunkan program-
program akademik KUIM pada masa akan datang.
7.1.6 Di dalam program semakan semula ianya bermula dari Jawatankuasa di
peringkat Fakulti kemudian dibentangkan dalam Mesyuarat Pengurusan
Tertinggi, Jawatankuasa Panel Kajian, Jawatankuasa Program dan
akhirnya ke Senat.
99

