Page 74 - MQA DOKUMEN
P. 74

Ijazah Sarjana Doktor Falsafah sejarah (KUIM)
 MQA-02 (Mohon Akreditasi Penuh) JULAI  2017
               6.4     Pertukaran Pendidikan


               6.4.1  KUIM  mempunyai  beberapa  rakan  akademik  dalam  dan  luar  Negara.
                       Melalui  persefahaman  yang  terjalin  diantara  IPT  ini  ianya  membantu
                       KUIM dalam merancang dan membentuk kaedah di dalam pembangunan

                       sesebuah  program  akademik.  Melalui  kerjasama  ini  juga  KUIM  dapat
                       mengenalpasti  tanda  aras  yang  perlu  dicapai  bagi  memastikan  produk
                       yang dihasilkan dapat memenuhi kehendak pasaran semasa. KUIM juga

                       melaksanakan  program  Profesor  Pelawat  dan  pertukaran  pensyarah
                       bersama  rakan  IPT  dalam  dan  luar  Negara  melalui  Memorandum

                       Persefahaman yang telah ditandatangani bagi memberikan pengalaman
                       baru kepada pelajar dan pensyarahnya, terutama dari sudut pengajaran
                       dan pembelajaran serta pengamalan sistem pengurusan akademiknya.


               6.4.2  Perkara  ini  dihebahkan  kepada  pelajar  dan  pensyarah  melalui  majlis

                       perhimpunan bulanan, mesyuarat, memo, laman web KUIM,  Introspeksi
                       (terbitan berkala KUIM).


               6.4.3  KUIM  juga  telah  melawat  dan  menerima  ramai  tetamu  dari  rakan  IPT
                       dalam  dan  luar  Negara.  Hasil  dari  ini  KUIM  mendapat  beberapa
                       pengalaman baru bagi melaksanakan perancangan akademiknya. KUIM

                       juga telah berjaya menganjurkan lawatan selama seminggu yang disertai
                       oleh Pengurusan Tertinggi KUIM dan 20 orang Mahasiswa ke Universiti
                       Sriwijaya,  Palembang,  Indonesia,  lawatan  Pengurusan  Tertinggi  ke

                       Universiti Andalas, IAIN Padang, IAIN Acheh, IAIN Jambi , IAIN Padang .
                       Lawatan  ini  dilakukan  bagi  mengenalpasti  perubahan  yang  perlu

                       dilakukan  di  dalam  sistem  pengurusan  akademik  dan  perubahan  tanda
                       aras KUIM. Program lawatan ini akan diteruskan memandangkan ianya
                       amat  penting  dalam  membantu  KUIM  untuk  membentuk  dasar  dan

                       perlaksanaan dasarnya.

               6.4.4  Perlaksanaan  pertukaran  pendidikan  ini  mengambilkira  persefahaman

                       yang  telah  dicapai  dan  ditandatangani  didalam  Memorandum
                       Persefahaman  dengan  rakan  IPT  dalam  dan  luar  negara.  Peruntukan
                       kewangan ada dinyatakan di dalam bajet tahunan KUIM.







                                                           97
   69   70   71   72   73   74   75   76   77   78   79