Page 26 - MQA DOKUMEN
P. 26

Ijazah Sarjana Doktor Falsafah sejarah (KUIM)
               MQA-02 (Mohon Akreditasi Penuh) JULAI  2017

                       Tanggungjawab  Lembaga  Akademik  adalah  untuk  meneliti  dan  menilai  kursus-
                       kursus pengajian daripada aspek berikut:-


                          Struktur program
                          Kerelevenan kursus

                          Kandungan kursus
                          Perkembangan program

                          Penempatan pelajar dan lulusan
                          Kawalan dan peningkatan kualiti lulusan.


               2.1.2  Perhubungan Di antara Lembaga Pengarah Kolej Universiti dan Senat

                       Apabila  kurikulum  program  pengajian  telah  diteliti  oleh  Senat  maka  program

                       berkenaan  akan dibentang didalam  Mesyuarat Lembaga  Pengarah Kolej  Universiti
                       untuk mendapat kelulusan menjalankannya pada sesi yang dicadangkan. Penilaian

                       yang  dijalankan  oleh  Senat  berfungsi  dalam  memantau  perjalanan  akademik,
                       mengesahkan  keputusan  peperiksaan  dan  graduan,  meluluskan  program-program
                       baru dan juga program -program francais.


               2.1.3  Autonomi Staf Akademik


                       Staf akademik yang mewakili disiplin masing-masing diberi ruang secara bersama,
                       berkongsi  kepakaran  dan  membangunkan  serta  melaksanakan  kurikulum.
                       Staf akademik akan membentuk satu pasukan didalam penilaian dan penyampaian

                       kurikulum. Pasukan ini yang bertanggungjawab menyediakan kurikulum bagi setiap
                       kursus dalam program.

               2.2     Reka Bentuk Program dan Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran


               2.2.1  Proses, Prosedur dan Mekanisme Pembentukan Kurikulum


                       Pihak Institut Pengajian Siswazah telah melantik 2 orang Panel Jawatankuasa Kajian
                       Kursus  Ijazah  Sarjana  Doktor  Falsafah  Sejarah  untuk  mendapat  maklumbalas,

                       pandangan  dan  teguran  dari  masa  ke  semasa.  Panel  Jawatankuasa  Kajian  terdiri
                       daripada:


                       1) Professor Dr.  Ishak bin Saat, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

                       2) En. Mohd Azmi bin Mohd Yusof,   Timbalan Ketua Pengarah (Permuziuman)





                                                           50
   21   22   23   24   25   26   27   28   29   30   31