Page 40 - Buku Skrap Kesenian 2021, Ashley Belle Chloe Linus, 6 Inovatif
P. 40
ASHLEY BELLE CHLOE LINUS KELAB KESENIAN DAN KEBUDAYAAN
6 INOVATIF
2021 SK BAHANG, PENAMPANG
Cheongsam
Sejarah kehadiran kaum Cina bermula
dengan berkembangnya Melaka sebagai
pusat perdagangan, diikuti Pulau Pinang dan
Kuala Lumpur. Kehadiran mereka ini
membawa bersama adat resam, budaya dan
corak pakaian tradisional yang kemudiannya
disesuaikan dengan suasana tempatan.
Busana klasik Cina yang asalnya berlapis-
lapis, sarat dengan sulaman benang emas
dan sutera, kini masih boleh dilihat dengan
diubahsuai mengikut peredaran masa dan
kesesuaian. Jubah Labuh, Cheongsam, Baju
Shanghai dan Samfoo kekal dipakai di
dalam majlis dan upacara.
Pakaian ini dipakai oleh wanita berketurunan
Cina. Biasanya dipakai pada upacara-
upacara tertentu seperti majlis perkahwinan
dan semasa Tahun Baru Cina.
Baju ini asalnya labuh tetapi lama-kelamaan
disingkatkan hingga ke paras
lutut. Cheongsam dipakai ketat dan berbelah
di kiri dan kanannya.
38

