Page 41 - Buku Skrap Kesenian 2021, Ashley Belle Chloe Linus, 6 Inovatif
P. 41

ASHLEY BELLE CHLOE LINUS                           KELAB KESENIAN DAN KEBUDAYAAN
                   6 INOVATIF
                   2021                                                        SK BAHANG, PENAMPANG
                      Makanan Tradisional Kaum Cina



                                  Yee Sang Atau Yusheng


                   Yee Sang atau juga dikenali dengan nama Yusheng adalah makanan yang
                   terdiri dari aneka salad dan ikan. Campuran kesemua bahan ini menjadikan
                   hidangan ini berwarna-warni dan sangat menarik. Hidangan ini biasanya
                   dihidangkan menjelang sambutan Tahun Baru Cina. Ia adalah lambang
                   kemakmuran, kemewahan dan juga kekayaan.


                   Masyarakat Cina mempercayai bahawa ikan adalah pembawa rezeki dan
                   hidangan yee sang telah wujud sejak Dinasti Song lagi. Ia merupakan
                   masakan yang akan dihidangkan sempena upacara keagamaan.








































                   Yee Sang diperbuat daripada potongan ikan terutamanya ikan salmon segar,
                   kacang tanah, cili, lobak putih, lobak merah, halia, daun limau purut, daun
                   parsli cina, biji bijan bakar dan udang kering goreng. Kuahnya atau penambah
                   rasanya pula diperbuat daripada sos plum.

                   Menjelang sambutan Tahun baru Cina, masyarakat Cina akan memasak
                   makanan tradisional ini. Semasa hendak menikmatinya, yee sang                 akan
                   digaulkan dengan mengangkatnya tinggi menggunakan kayu penyepit sambil
                   melaungkan ‘Lo Hei’ beramai-ramai. Semakin tinggi melambungkannya, ia
                   membawa maksud rezeki mereka akan semakin mewah.







                                                                                                    39
   36   37   38   39   40   41   42   43   44   45   46