Page 43 - Buku Skrap Kesenian 2021, Ashley Belle Chloe Linus, 6 Inovatif
P. 43

ASHLEY BELLE CHLOE LINUS                           KELAB KESENIAN DAN KEBUDAYAAN
                   6 INOVATIF
                   2021                                                        SK BAHANG, PENAMPANG
                                                Kuih Bulan



                          Kuih bulan biasanya boleh didapati menjelang musim perayaan
                   pertengahan musim luruh atau Tahun Baru Cina. Ia mempunyai rasa yang
                   manis serta boleh dimakan begitu sahaja.
























                          Kuih ini berbentuk bulat dan juga segi empat yang terdiri dari kuning
                   telur itik (masin) serta bahan – bahan lain. Selain itu, kuih bulan mempunyai
                   inti yang pelbagai di sebelah dalamnya. Intinya terdiri dari pes biji teratai,
                   kacang merah, walnut, bijan, badam, benih labu dan biji tembikai.


                                                Kuih Bakul


                          Jika masyarakat Melayu popular dengan dodol, kaum Cina pula tidak
                   ketinggalan dengan kuih bakul. Kuih ini seakan-akan dodol, namun lebih
                   kenyal berbanding dodol. Kuih bakul juga turut dikenali dengan nama nian
                   gao. Proses membuat kuih bakul ini mengambil masa yang agak lama untuk
                   disiapkan. Ia hanya boleh disiapkan dalam tempoh tiga hari.


                          Berdasarkan sejarah, kuih ini dibuat khas untuk diberikan kepada
                   ‘Tuhan Dapur’ supaya ia tidak melaporkan perkara yang tidak baik kepada
                   maharaja di syurga. Kuih ini juga membawa symbol tinggi iaitu ‘semakin
                   tahun semakin tinggi’ yang bermaksud semakin masa berlalu, semakin
                   majulah mereka ke hadapan.























                                                                                                    41
   38   39   40   41   42   43   44   45   46   47   48