Page 52 - Buku Skrap Kesenian 2021, Ashley Belle Chloe Linus, 6 Inovatif
P. 52
ASHLEY BELLE CHLOE LINUS KELAB KESENIAN DAN KEBUDAYAAN
6 INOVATIF
2021 SK BAHANG, PENAMPANG
Idli
Idli merupakan kuih yang juga berasal dari India. Ia mempunyai pelbagai jenis
seperti sanna, rave atau sambar idli. Idli boleh dimakan semasa sarapan pagi
mahupun sebagai makanan ringan. Bahan utama untuk menghasilkan idli ini
adalah vigna mungo dan juga nasi.
Vadai
Vadai merupakan sejenis makanan tradisional kaum India. Ia mempunyai dua
versi iaitu paruppu vadai dan ulunthu vadai. Paruppu vadai biasanya
diperbuat daripada kacang dal, hirisan cili hijau, daun kari, serta bawang
merah.
Ulunthu vadai pula diperbuat daripada tebung beras dan berbentuk
roda dan berlubang di tengah. Ulunthu vadai biasanya dimakan sekali dengan
chutney. Vadai perlu digoreng dengan minyak yang banyak.
50

