Page 54 - Buku Skrap Kesenian 2021, Ashley Belle Chloe Linus, 6 Inovatif
P. 54
ASHLEY BELLE CHLOE LINUS KELAB KESENIAN DAN KEBUDAYAAN
6 INOVATIF
2021 SK BAHANG, PENAMPANG
Alat muzik Kaum India
Dholak
Dholak ialah sejenis alat Gendang dua muka berbentuk tong yang
dikategorikan sebagai alat Membranofon. Permukaannya yang lebih kecil di
sebelah kanan iaitu muka trebel ditutupi dengan kulit kambing yang
ditetapkan kepada pic yang lebih tinggi. Manakala di sebelah muka yang lebih
besar iaitu muka bes dipasang dengan kulit yang mempunyai lapisan khas di
bahagian dalam kulit mukanya. Lapisan khas ini iaitu yang diperbuat dari
campuran tar, tanah liat dan pasir halus menghasilkan pic yang rendah. Baluh
alat ini diperbuat daripada kayu dan diikat dengan tali. Dholak dimainkan
untuk mengiringi muzik rakyat.
52

