Page 50 - Buku Skrap Kesenian 2021, Ashley Belle Chloe Linus, 6 Inovatif
P. 50

ASHLEY BELLE CHLOE LINUS                           KELAB KESENIAN DAN KEBUDAYAAN
                   6 INOVATIF
                   2021                                                        SK BAHANG, PENAMPANG
                   Sari

















































                   Sari merupakan pakaian untuk kaum perempuan dan ia adalah pakaian
                   seharian dan turut dipakai pada musim perayaan. Sari terdiri daripada
                   lembaran kain yang berukuran semeter hingga dua meter lebar dan
                   panjangnya pula antara lima hingga lima belas meter mengikut saiz pemakai.
                   Kebanyakan kain sari adalah jarang dan lembut. Sebelum memakai sari, si
                   pemakai perlu memakai anak baju yang ketat dan singkat. Kemudian sari
                   dililit dari pinggang dan diselempang pada bahu kiri. Lilitan pinggang
                   sebanyak tiga hingga lima kali untuk menguatkan lilitan supaya tidak terurai.


                   Kebanyakan sari yang dipakai berwarna gelap seperti merah, biru, hijau dan
                   ungu. Warna-warna ini lebih menarik untuk sari yang dipakai pada musim
                   perayaan. Pemilihan corak pula adalah mengikut si pemakai. Ada yang lebih
                   suka bercorak tumbuhan-tumbuhan dan ada juga yang lebih suka bercorak
                   haiwan. Untuk menjadikan si pemakai kelihatan menarik, kebanyakan mereka
                   memilih sari yang mempunyai pelbagai jenis manik yang berkilat. Ini akan
                   menyerlahkan lagi kecantikan si pemakainya. Walau apapun pemilihan warna
                   biasanya dipadankan dengan corak yang menarik dan sesuai dengan si
                   pemakai.








                                                                                                    48
   45   46   47   48   49   50   51   52   53   54   55