Page 261 - MODUL PEMBELAJARAN MPV PRODUKSI MULTIMEDIA T4
P. 261
4.1.4 FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KUALITI AUDIO
Proses Pendigitan (Digitization)
Sistem komputer hanya menggunakan gelombang audio digital.
Penukaran gelombang analog kepada gelombang digital dikenali sebagai
proses Pendigitan (Digitization). Terdapat tiga faktor yang mempengaruhi kualiti
audio digital iaitu kadar sampel (sample rate), saiz sampel (sample size) dan
saluran (channel).
i) Kadar sampel
Kadar sampel merujuk kepada kekerapan sampel diambil dalam
setiap saat.
Semakin tinggi kadar sampel, semakin tinggi kualiti audio tersebut.
Kadar sampel diukur dalam unit Hertz.
Rajah 4.4: Kadar sampel bagi audio 4 Hz dan 8Hz
250

