Page 265 - MODUL PEMBELAJARAN MPV PRODUKSI MULTIMEDIA T4
P. 265
4.1.6 KEPERLUAN PERALATAN DAN PERISIAN UNTUK RAKAMAN DAN SUNTINGAN
AUDIO
Proses rakaman dan suntingan audio adalah penting bagi mendapatkan
audio seperti yang diperlukan. Proses ini boleh dilaksanakan menggunakan
peralatan yang canggih ataupun sekadar menggunakan peralatan asas
sebuah sistem komputer. Berikut disenaraikan peralatan yang biasa digunakan
semasa rakaman dan suntingan audio.
i) Mikrofon
Peranti input yang paling utama untuk merakam bunyi.
Terdapat beberapa jenis mikrofon mengikut jenis kegunaan serta
teknologi yang digunakan antaranya, Mikrofon dinamik dan mikrofon
kondenser.
Rajah 4.7 : Jenis mikrofon
ii) Instrumen Muzik
Gitar elektrik, papan kekunci MIDI, bass dan mesin dram merupakan
contoh-contoh instrumen atau alat muzik yang boleh juga digunakan
sebagai peranti input bagi mendapatkan kesan bunyi atau muzik
yang diperlukan.
Kebanyakan instrument muzik ini boleh disambung terus kepada
sistem audio menerusi antara muka audio yang digunakan.
Rajah 4.8: Papan kekunci MIDI
254

