Page 262 - MODUL PEMBELAJARAN MPV PRODUKSI MULTIMEDIA T4
P. 262

ii) Saiz Sampel

        Saiz sampel mewakili jumlah data audio dalam sampel tersebut.

        Saiz sampel juga merujuk kepada kedalaman bit (bit depth) yang
              mewakili aras rakaman setiap sampel audio.

        Dua jenis kedalaman bit yang biasa digunakan ialah 8 bit dan 16 bit.

        Kualiti data 16 bit adalah lebih baik berbanding 8 bit kerana semakin
              tinggi saiz sampel semakin tinggi kualiti audio.

                      Rajah 4.5: Kedalaman bit dan kualiti audio digital

iii) Saluran

        Terdapat dua pilihan saluran yang sering digunakan sama ada stereo
              (dua saluran) atau mono (satu saluran).

        Audio jenis stereo lebih berkualiti berbanding audio jenis mono kerana
              audio menggunakan dua jenis sampel bagi setiap masa (saluran
              sebelah kiri dan juga saluran sebelah kanan).

Rajah 4.6: Perbandingan saluran audio mono dan audio stereo

                                                             251
   257   258   259   260   261   262   263   264   265   266   267