Page 263 - MODUL PEMBELAJARAN MPV PRODUKSI MULTIMEDIA T4
P. 263

4.1.5 FORMAT FAIL AUDIO

         Format fail audio ialah format fail yang digunakan bagi menyimpan data
audio dalam bentuk digital. Fail audio boleh dimampatkan untuk
mengurangkan saiz fail. Berikut merupakan beberapa contoh format fail audio.

Jadual 4.1: Format fail audio

BIL NAMA FAIL                               KETERANGAN

1. Waveform Audio File Format        Paling meluas digunakan dan
                         (WAV)

                                    disokong sepenuhnya oleh sistem

                                    pengoperasian Windows.

                                     Format fail audio ini telah

                                    dibangunkan oleh Microsoft

                                    Corporation dan IBM.

                                     Data audio dalam bentuk tidak

                                    mampat       (uncompressed),

                                    seterusnya menjadikan saiz fail

                                    wav lebih cenderung menjadi

                                    besar.

2. Audio Interchange File Format     Fail audio format ini telah
                    (AIFF dan AIF)
                                    dibangunkan  oleh       Apple

                                    Computer dan biasa digunakan

                                    bersama-sama komputer Apple.

                                     Seperti fail WAV, saiz fail AIFF

                                    adalah besar berbanding dengan

                                    format yang lain kerana data

                                    audio dalam bentuk tidak

                                    mampat.

3. MPEG Layer 3 (MP3)                Format ini telah dibangunkan oleh
                                        Moving Picture Experts Group
                                        (MPEG)

                                     Format MP3 memampatkan data
                                        audio dengan membuang
                                        maklumat audio yang dianggap
                                        tidak kritikal untuk pendengaran.

                                                                                       252
   258   259   260   261   262   263   264   265   266   267   268