Page 264 - MODUL PEMBELAJARAN MPV PRODUKSI MULTIMEDIA T4
P. 264
Fail MP3 bersaiz lebih kecil dengan
kualiti audio yang lebih rendah
berbanding fail format WAV.
Saiz yang kecil menyebabkan
MP3 popular digunakan di Internet
dan di peranti mudah alih.
4. Advanced Audio Coding (AAC) AAC ialah format piawai yang
5. Musical Instrument Digital digunakan bersama dengan
Interface (MIDI)
video MPEG4 (mp4).
AAC direkabentuk untuk
menggantikan MP3 dan secara
umumnya mempunyai kualiti
bunyi yang lebih baik.
Seperti format MP3, AAC juga
memampatkan data audio
dengan membuang maklumat
audio yang tidak kritikal untuk
pendengaran.
MIDI ialah format merekod dan
mengawal nota muzik bagi setiap
peralatan muzik.
Format MIDI tidak menyimpan bunyi
dalam pola-pola bit seperti format fail
yang lain, maka fail MIDI adalah
sangat kecil, jauh lebih kecil
daripada fail MP3.
Kualiti audio MIDI pula adalah tinggi,
malahan lebih tinggi daripada WAV
jika set arahan audio adalah
lengkap.
Format audio seperti WAV dan MP3
sukar ditukar kepada format MIDI,
sebaliknya format MIDI boleh ditukar
kepada format fail audio yang lain
dengan menggunakan aplikasi
penyunting audio yang biasa.
253

