Page 306 - MODUL PEMBELAJARAN MPV PRODUKSI MULTIMEDIA T4
P. 306

NOTA RUJUKAN

5.1.1 MENERANGKAN KONSEP VIDEO

Video merupakan gabungan pelbagai media seperti visual, audio, grafik, teks
dan sebagainya dalam satu medium. Penggunaan video dalam proses
penyampaian maklumat berupaya untuk mempengaruhi motivasi seseorang
terhadap proses penerimaan maklumat.

        Video juga mampu memberikan keadaan realistik dan suasana
sebenar kepada para pengguna dan secara tidak langsung akan
mempengaruhi perasaan dan emosi para penggunanya. Melalui
penggunaan video, sesuatu penerangan yang perlu dilakukan secara
berulang-ulang boleh dilakukan dengan lebih mudah, berbeza dengan
media yang lain.

5.1.2 MENJELASKAN JENIS VIDEO

Terdapat 2 jenis video iaitu video analog dan video digital.

(i) Video Analog

Video analog ialah maklumat yang disimpan menggunakan isyarat video
pada televisyen, filem, pita video dan sumber-sumber media yang bukan dari
komputer. Video analog adalah penting kerana ia menjadi sumber untuk
video digital.

        Terdapat beberapa format isyarat komposit atau isyarat video analog
untuk siaran televisyen;

        § NTSC (National Television Standards Committee) – Format yang
                digunakan di Amerika Syarikat dan Jepun. NTSC mempunyai 525
                garisan horizontal bagi setiap kerangka. Kadar kerangka
                bersamaan 30 fps dan frekuensi warna bersamaan 3.58 Mhz.

        § PAL (Phase Alternate Line) – Format yang digunakan di UK, Eropah,
                Australia dan Afrika Selatan. PAL terdiri daripada 625 garisan
                horizontal bagi setiap kerangka. Kadar kerangka bersamaan 25 fps
                dan frekuensi warna bersamaan 4.43 Mhz.

        § SECAM (Sequential Colour with Memory) – Format yang digunakan
                di Perancis. SECAM terdiri daripada 625 garisan horizontal bagi

                                                                                                                          295
   301   302   303   304   305   306   307   308   309   310   311