Page 307 - MODUL PEMBELAJARAN MPV PRODUKSI MULTIMEDIA T4
P. 307

setiap kerangka. Kadar kerangka bersamaan 25 fps dan frekuensi
                warna menggunakan signal FM.
        § HDTV yang berasaskan 1125 garisan horizontal bagi setiap
                kerangka. Kadar kerangka bersamaan sehingga 60 fps.

(ii) Video Digital

Video digital merupakan persembahan elektronik imej-imej visual bergerak
(video) dalam bentuk data digital yang dikodkan. Ini berbeza dari video
analog yang merupakan persembahan siri imej bergerak dengan isyarat
analog. Manakala video digital pula terdiri daripada satu siri imej digital yang
dipaparkan dalam pergerakan yang sempurna.

Ciri-Ciri Video Digital

        • Kadar Frame – bilangan imej yang dipaparkan pada suatu tempoh
                waktu untuk menayangkan pergerakan. Kadar frame biasanya
                dinyatakan dalam unit “frames per second” (fps).

        • Saiz Frame – ketinggian dan kelebaran setiap frame atau imej.
        • Kedalaman Warna (Bit depth) – jumlah warna setiap piksel di dalam

                frame atau imej.
        • Resolusi – jumlah piksel yang terdapat dalam frame atau imej.

Enkoding Video (Codecs)

Kebanyakan komputer tidak berupaya memaparkan frame imej penuh pada
1/30 saat jika frame tersebut tidak dimampatkan. Oleh itu terdapat pemacu
(driver) yang dipanggil codecs. Pemacu ini akan memampatkan fail video
kepada saiz yang kecil tanpa mengubah saiz skrin dan kualiti.

        Berikut adalah ringkasan codecs yang boleh digunakan untuk menjana
video:

        • Microsoft Video 1. Format pemampat AVI yang berasal dari
                Microsoft. Codecs memampatkan fail dengan cepat tetapi
                mengalami lossy (kualiti imej/video terjejas). Sesuai untuk previu
                sebelum menjana video akhir.

        • Microsoft RLE (Run Length Encoding). Sesuai untuk memampatkan
                imej yang dijanakan dengan komputer. Hanya dapat menjana fail
                AVI.

                                                                                                                          296
   302   303   304   305   306   307   308   309   310   311   312