Page 309 - MODUL PEMBELAJARAN MPV PRODUKSI MULTIMEDIA T4
P. 309

5.1.4 KEPERLUAN PERKAKASAN DAN PERISIAN UNTUK RAKAMAN DAN
        PENYUNTINGAN VIDEO

(i) Perkakasan
Kamera Video
Kamera video ialah sejenis kamera yang digunakan untuk merakam imej
bergerak secara elektronik. Ia bermula dari industri penyiaran namun
sekarang digunakan secara meluas dalam pelbagai bidang lain. Terdapat
beberapa jenis kamera video, seperti:

        • Professional Video Camera - Digunakan untuk rakaman program
                televisyen dan pembuatan filem.

        • Camcorder - Digunakan oleh kebanyakan jurugambar amatur.
        • Kamera Video DSLR
        • CCTV
        • Webcam - Disambung ke komputer untuk tele sidang (video

                conferencing).
        • Telefon pintar

                        Rajah 4.1: Antara contoh jenis kamera video

                                                                                                                          298
   304   305   306   307   308   309   310   311   312   313   314