Page 308 - MODUL PEMBELAJARAN MPV PRODUKSI MULTIMEDIA T4
P. 308
• Cinepak. Codec untuk format AVI dan QuickTime yang
menawarkan kadar pemampatan yang tinggi.
• Indeo. Codec Intel Indeo untuk format AVI dan QuickTime.
Mengambil masa yang panjang untuk dimampatkan.
• Sorensen. Hanya untuk format QuickTime versi 3 ke atas.
Menawarkan kualiti mampatan yang baik dan mengekalkan imej
video.
• Web-specific. Sesetengah codec seperti RealVideo, Viva dan
Extreme hanya untuk tujuan internet.
5.1.3 KEPERLUAN VIDEO DALAM PRODUK MULTIMEDIA
• Menjelaskan situasi sebenar bagi sesuatu proses, fenomena, atau
kejadian
• Sebahagian daripada integrasi dengan media lain seperti teks
atau gambar. Video dapat mempelbagaikan penjelasan /
persembahan
• Pengguna dapat memainkan semula (replay) secara keseluruhan
atau pada bahagian tertentu untuk melihat gambaran yang lebih
jelas.
• Sangat sesuai untuk mengajarkan kandungan yang melibatkan
pergerakan atau psikomotor dan menunjukkan dengan jelas suatu
langkah prosedur
• Kombinasi video dan audio adalah lebih efektif dan lebih cepat
menyampaikan maklumat dibandingkan media lain.
297

