Page 310 - MODUL PEMBELAJARAN MPV PRODUKSI MULTIMEDIA T4
P. 310

(ii) Perisian

        Perisian Video Digital berasaskan kepada dua pendekatan;
        • Setiap perisian yang bergantung kepada video digital

                bertanggungjawab terhadap aspek mengawal perkakasan video
                capture, pemadatan dan memainkan klip.
        • Perisian drivers dalam sistem operasi mengawal video capture,
                pemadatan dan memainkan klip. Drivers ini dapat dicapai oleh
                pelbagai perisian untuk membantu membuat atau mencapai
                data video.

        Perisian video digital boleh didapati dalam bentuk:
        • Perisian Menyunting Video
        • Perisian Pemain Video.

Perisian Menyunting Video

Perisian pengedit video digunakan untuk menghasilkan produk video digital
yang siap. Perisian penyunting video berkemampuan untuk;

        § Pemadatan data video digital mentah kepada saiz yang kecil
        § Menyalin, memotong, memindah(paste), dan memadam frame

                video dari fail video.
        § Mencantum dua atau lebih frame sumber data video.
        § Mengubah saiz frame atau kadar frame segmen data video.
        § Mengedit audio dengan menyalin, mengeluarkan atau

                menambah audio.
        § Menambah kesan khas pada klip video seperti tajuk atau transisi

                pada segmen video.

Perisian Pemain Video

Pemain video bergantung kepada keupayaan sesuatu perisian
menayangkan video digital pada sesuatu aplikasi yang lain. Kemampuan
yang paling asas ialah memainkan klip video pada sesuatu tetingkap atau
skrin penuh dengan fungsi play, stop, rewind, fast forward, pause, next dan
previous. Satu kelebihan video digital ialah pengguna dapat melompat pada
mana-mana bahagian klip dengan menggerakkan pointer.

                                                                                                                          299
   305   306   307   308   309   310   311   312   313   314   315