Page 313 - MODUL PEMBELAJARAN MPV PRODUKSI MULTIMEDIA T4
P. 313
• MKV
MKV, atau matroska, adalah format bebas dan sumber terbuka
(open-source). MKV pada mulanya dicipta sebagai format video
standard untuk fail multimedia yang biasa, seperti pertunjukan dan
filem. Satu fail boleh mengandungi banyak gambar, audio, dan
trek sarikata.
• MOV
MOV ialah format filem QuickTime Apple. Format ini dibuat untuk
filem, dan MOV membolehkan juruvideo (videografer)
membahagikan fail ke dalam pelbagai trek bagi menyimpan
pelbagai jenis data berbeza. Satu variasi MOV digunakan pada
kamera Canon DSLR.
• MP4
MP4 adalah satu lagi ciptaan Apple. Format video ini dibangunkan
untuk mampatan jalur lebar rendah. Ini bermakna kualiti imej jauh
lebih rendah daripada jenis fail lain. MP4 dipopularkan oleh iTunes
kerana keserasiannya dengan kedua-dua peranti Apple dan lain-
lain, seperti Xbox360. Youtube antara laman sesawang yang
menggunakan format ini secara meluas.
• WEBM
WEBM dicipta untuk digunakan di laman sesawang. Format ini
menghasilkan ukuran video yang sangat kecil bersama dengan
HTML5. WEBM dapat distrim dengan mudah dan cepat.
Popularitinya telah merosot sejak kebelakangan ini disebabkan
peningkatan prestasi dan had platform dalam talian.
• WMV
WMV bermaksud Windows Media Video. WMV telah dibangunkan
oleh Microsoft dalam usaha untuk menguasai bidang penstriman
dalam talian. Ia adalah saiz video terkecil yang ada dan
menjadikannya hebat untuk perkongsian e-mel. Kelemahannya
adalah kualiti video dikurangkan dengan ketara semasa dan
selepas pemampatan.
302

