Page 312 - MODUL PEMBELAJARAN MPV PRODUKSI MULTIMEDIA T4
P. 312
• 1080p: 1920x1080
1080p dikenali sebagai resolusi FHD atau Full HD. 1080p sesuai untuk
video beresolusi tinggi pada HDTV dengan nisbah keluasan skrin
16:9.
• 720p: 1280x720
720p dikenali sebagai resolusi HD atau HD Ready. Kebanyakan
rangkaian siaran televisyen menggunakan 720p sebagai resolusi
penyiaran mereka. 1080p terbina berasaskan 720p.
• Standard Definition (SD)
Resolusi yang paling popular adalah 640 x 360 dan 640 x 480 untuk
video manakala 720 x 480 dan 720 x 576 untuk DVD.
(ii) Format Fail dan Platform Video
Pengetahuan berkaitan dengan format fail video sangat penting bagi
memastikan format fail sesuai dengan platform yang dipilih. Sebagai contoh,
untuk menghasikan video laman sesawang, format fail yang digunakan
berbeza dengan format fail video media sosial. Terdapat beberapa format fail
yang biasa digunakan;
• AVI
AVI bermaksud Audio Video Interleave. AVI telah dibangunkan
oleh Microsoft pada tahun 90an. Format ini sangat sesuai untuk
semua platform sistem komputer tetapi mempunyai saiz fail yang
besar.
• FLV
FLV bermaksud Format Video Flash. FLV seiring dengan SWF iaitu
format lain untuk video flash. Namun, FLV tidak disokong oleh
peranti iOS, menyebabkanya tidak dapat dimainkan pada iPhone
dan iPad.
• MPG
MPG atau lebih dikenali sebagai MPEG adalah format yang
digunakan dalam VCD, DVD dan Blue-Ray.
301

