Page 69 - MODUL PEMBELAJARAN MPV PRODUKSI MULTIMEDIA T4
P. 69

NOTA RUJUKAN

2.1.5 PENGGUNAAN MUKA TAIP DALAM APLIKASI MULTIMEDIA

Bagi memastikan teks yang digunakan dalam sesuatu persembahan multimedia
dapat memainkan peranannya dengan lebih berkesan, beberapa faktor perlu
diberi perhatian. Antaranya, ialah jumlah teks yang patut diletakkan pada setiap
skrin atau pada setiap baris, format atau bentuk paparan teks, jarak langkau,
pemilihan warna yang digunakan dan sebagainya terhadap pengguna sasaran,
produk juga fungsinya.

         Sekiranya pengguna sasaran adalah golongan kanak-kanak, teks yang
digunakan adalah lebih sesuai diminimumkan untuk mengelakkan kebosanan.
Muka taip dan fon yang digunakan pula perlulah bersesuaian seperti
menggunakan kategori muka taip sans serif dan tidak menggunakan kategori
muka taip dekoratif kerana ianya akan menyukarkan kanak- kanak untuk
membaca. Saiz teks pula perlulah lebih besar berbanding saiz teks yang biasa
digunakan oleh golongan dewasa. Warna yang digunakan mestilah menarik,
berwarna warni dan menonjolkan keseronokan.

Rajah 2.10 : Contoh teks untuk golongan kanak-kanak

                                                                                  58
   64   65   66   67   68   69   70   71   72   73   74