Page 71 - MODUL PEMBELAJARAN MPV PRODUKSI MULTIMEDIA T4
P. 71
Penggunaan teks untuk produk multimedia yang mempunyai fungsi
berbeza juga mempunyai kesesuaian yang tertentu. Pemilihan jenis muka taip
bergantung rapat juga dengan objektif serta fungsi.
Sebagai contoh, sekiranya membangunkan sebuah aplikasi yang
berkaitan dengan “Sejarah Melaka dan Kesan Terhadap Pembangunan
Malaysia”, maka aplikasi tersebut pastinya menggunakan teks secara optimum
di dalam penyampaian maklumat yang berkaitan. Dalam keadaan ini, pemilihan
muka taip dari kategori dekoratif untuk digunakan di bahagian tajuk contohnya
amatlah bersesuaian dengan zaman Kesultanan Melaka.
Bagi fungsi pengiklanan pula, teks yang digunakan perlulah mempunyai
warna yang menarik dan muka taip dekoratif yang sesuai supaya dapat menarik
perhatian pengguna yang melihat.
Rajah 2.12: Contoh penggunaan teks pada poster
60

