Page 72 - MODUL PEMBELAJARAN MPV PRODUKSI MULTIMEDIA T4
P. 72
PENGGUNAAN TEKS YANG EFEKTIF
Bagi memastikan teks dapat memainkan peranannya untuk menyampaikan
maklumat dengan berkesan, maka terdapat beberapa faktor yang perlu diberi
perhatian.
1. Ringkas dan padat
Penggunaan teks harus diminimumkan bergantung kepada keperluan teks
dalam sesuatu persembahan. Penggunaan bullet point dapat
mengurangkan kepadatan teks.
2. Kebolehbacaan teks
Pastikan teks boleh dibaca. Antara faktor yang mengganggu proses
kebolehbacaan teks adalah saiz, jenis muka taip, saiz, leading dan kerning,
serta warna teks yang berkontra dengan warna latar.
3. Kedudukan teks yang konsisten
Kedudukan teks yang berubah-ubah akan mengganggu konsentrasi
pengguna. Jarak margin dari frame skrin juga perlulah sesuai dan
dihadkan sempadannya.
4. Penggunaan kesan khas teks
Kesan khas teks yang terlalu banyak akan menyebabkan capaian
maklumat menjadi lambat dan mengganggu proses penyampaian
maklumat.
61

