Page 73 - MODUL PEMBELAJARAN MPV PRODUKSI MULTIMEDIA T4
P. 73
2.1.6 REKA LETAK TEKS
Reka letak (layout) atau komposisi halaman adalah cara mengatur teks dan
grafik pada satu halaman. Komposisi yang baik bukan sahaja mudah difahami
tetapi juga lebih berkesan dalam menyampaikan mesej kepada pengguna.
Terdapat beberapa panduan yang boleh digunakan semasa membuat reka
letak sesebuah halaman iaitu:
a) Penjajaran dan keseimbangan
Rajah 2.14: Penjajaran dan keseimbangan teks
1. Pilih grafik yang menarik dan mempunyai hubung kait dengan teks.
2. Seimbangkan reka letak visual dengan teks.
b) Peraturan sepertiga
Rajah 2.15: Peraturan Sepertiga
Objek yang penting harus ditempatkan sama ada sepanjang dua garis
mengufuk atau menegak. Objek tersebut juga boleh diletakkan pada titik
persilangan garis mengufuk dan menegak.
62

