Page 70 - MODUL PEMBELAJARAN MPV PRODUKSI MULTIMEDIA T4
P. 70

Penggunaan teks untuk produk multimedia yang berbeza juga mempunyai
kesesuaian yang tertentu. Sebagai contoh produk multimedia yang
dipersembahkan secara elektronik (seperti aplikasi multimedia atau laman
sesawang), seboleh mungkin penggunaan teks haruslah diminimumkan
melainkan aplikasi yang dibina menggandungi bahan rujukan yang banyak dan
menyeluruh. Membaca teks yang dipaparkan pada skrin komputer agak sukar
dan meletihkan sekiranya ianya disediakan dalam kuantiti yang banyak.

         Pemilihan kategori muka taip bagi bahan bacaan elektronik adalah agak
berbeza dengan bahan bacaan dalam bentuk bercetak. Persembahan teks
pada skrin yang sedemikian akan mengalami masalah kerana resolusi skrin
komputer adalah kurang berbanding dengan cetakan. Oleh yang demikian
muka taip jenis serif biasanya akan menyebabkan skrin persembahan kelihatan
lebih padat dari sepatutnya.

         Oleh yang demikian, dalam banyak keadaan muka taip jenis san serif
biasanya merupakan pilihan utama bagi memaparkan isi kandungan manakala
muka taip jenis serif pula digunakan sebagai tajuk bagi persembahan secara
elektronik. Serif juga didapati mampu membantu memudahkan teks dibaca
kerana ianya membolehkan mata dipandu oleh garis luaran atau serif yang ada
pada teks. Atas dasar tersebut, muka taip jenis serif sering digunakan bagi
memaparkan teks utama sesuatu bahan bercetak seperti buku, akhbar dan
sebagainya.

Rajah 2.11: Contoh penggunaan Sans Serif dan Serif

                                                                                59
   65   66   67   68   69   70   71   72   73   74   75