Page 170 - Buku Teks ASK Tingkatan 2
P. 170

Contoh 3.29       Menghasilkan atur cara yang melibatkan gabungan beberapa
                            struktur kawalan.

           Yoke Lian ingin menghasilkan satu permainan meneka nombor dengan menggunakan
           gabungan pelbagai struktur kawalan. Satu nombor rahsia yang perlu diteka akan dijadikan
           pemalar, di mana nilai ini tidak akan berubah. Pengguna perlu memasukkan nombor integer
           dan jika nombor yang dimasukkan tidak bersamaan dengan nombor rahsia, satu mesej akan
           dipaparkan. Mesej ini akan memberitahu pengguna sama ada nombor yang dimasukkan
           lebih besar atau lebih kecil daripada nombor rahsia. Setelah berjaya meneka, atur cara akan
           paparkan “Syabas” sebanyak lima kali.

           Langkah 1: Pernyataan masalah
           1.  Mengenal pasti input yang diperlukan, iaitu satu nombor integer daripada pengguna.
           2.  Mengenal pasti proses dan struktur kawalan yang terlibat.
               (a)  Proses meneka berterusan sehingga nombor yang betul dimasukkan. Struktur kawalan
                  ulangan while digunakan.
               (b)  Proses membandingkan nombor yang dimasukkan dengan nombor rahsia. Struktur
                  kawalan ulangan pilihan digunakan.
               (c)  Proses paparkan “Syabas” sebanyak lima kali. Struktur kawalan ulangan  for
                  digunakan.


           Langkah 2: Menulis algoritma bagi penyelesaian masalah




                1.  Isytiharkan pemboleh ubah rahsia, teka, nombor dan i.
                2.  Setkan rahsia kepada satu nombor integer, teka kepada True dan
                    i kepada 1.
                3.  Selagi teka ialah True
                        Pengguna memasukkan satu nombor integer.
                        Setkan nombor kepada nombor integer yang dimasukkan.
                4.  Jika rahsia == nombor
                5.  Untuk i <= 5
                      Paparkan “Syabas”
                        i = i + 1
                        Setkan teka kepada False
                    Jika rahsia < nombor
                      Paparkan “Nombor tekaan lebih besar daripada nombor rahsia.”
                    Jika rahsia > nombor
  BAB 3
                      Paparkan “Nombor tekaan lebih kecil daripada nombor rahsia.”
                6.  Paparkan “Terima kasih kerana menyelesaikan permainan meneka
                    nombor ini.”








        160
   165   166   167   168   169   170   171   172   173   174   175