Page 169 - Buku Teks ASK Tingkatan 2
P. 169

3.2.3  Atur cara yang melibatkan gabungan pelbagai struktur kawalan
             3.2.3    Atur cara yang melibatkan gabungan pelbagai struktur kawalan
             Anda telah mempelajari tentang struktur kawalan yang
             melibatkan satu pilihan, dua pilihan dan penggunaan gelung     Standard Pembelajaran
             yang membuat pengulangan dalam skop yang terhad. Namun
             begitu, dalam situasi dunia sebenar, sesebuah kod atur cara     Murid boleh:
             perlu lebih dinamik dan kompleks untuk menghasilkan atur cara   3.2.3  Menghasilkan atur
                                                                             cara yang melibatkan
             yang mampu melakukan pelbagai fungsi seperti pengisihan,        gabungan pelbagai
             pemilihan, kawalan akses dan sebagainya.                        struktur kawalan.
                Kod atur cara yang lebih dinamik dan kompleks dapat
             dihasilkan dengan menggabungkan pelbagai struktur kawalan yang
             anda telah pelajari seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 3.16.



                   Struktur kawalan                                          Struktur kawalan
                        jujukan                                                   pilihan
                                                    Jenis-jenis
                                                    struktur
                                                    kawalan
                   Struktur kawalan                                          Struktur kawalan
                   pilihan bersarang                                             ulangan


                Rajah 3.16   Atur cara yang mempunyai gabungan pelbagai struktur kawalan adalah lebih dinamik,
                          kompleks dan interaktif
                Tujuan utama penggabungan pelbagai struktur kawalan adalah untuk menghasilkan
             suatu atur cara yang boleh dan berupaya melakukan pelbagai fungsi, menarik dan seronok
             digunakan oleh pengguna. Suatu atur cara yang mempunyai fungsi yang terhad akan
             dianggap stereotaip dan besar kemungkinan pengguna tidak berminat untuk menggunakan
             atur cara sebegini.


                             Bagaimanakah sebuah               Atur cara yang mampu melakukan pelbagai
                             atur cara boleh melakukan         fungsi ini mesti harus dibina dengan
                             lebih daripada dua fungsi?        gabungan pelbagai struktur kawalan.



                                                                                                            BAB 3

















                                                                                                  159
   164   165   166   167   168   169   170   171   172   173   174