Page 38 - Buku Teks ASK Tingkatan 2
P. 38
Aktiviti 1.16
Aktiviti
Kumpulan
Membandingkan kaedah penukaran nombor perduaan kepada nombor perlapanan dan
nombor perenambelasan.
1. Rujuk Subtopik 1.1.2 (iv) tentang penukaran nombor perduaan kepada nombor perlapanan
dan perhatikan kaedah-kaedah yang digunakan.
2. Bandingkan kaedah penukaran nombor perduaan kepada nombor perlapanan dan nombor
perenambelasan.
3. Dengan menggunakan satu contoh nombor perduaan yang sesuai, sediakan satu lembaran
grafik yang menunjukkan persamaan dan perbezaan.
BAB 1
4. Apakah kesimpulan yang dapat anda buat tentang perbandingan ini?
5. Adakah kaedah yang sama dapat digunakan untuk penukaran nombor perduaan kepada
sistem nombor yang lain seperti Sistem Asas 4 dan Sistem Asas 32?
6. Berikan justifikasi bagi jawapan anda.
1.2.3 Penukaran pengekodan ASCII kepada nombor perenambelasan
1.2.3 Penukaran pengekodan ASCII kepada nombor perenambelasan
berdasarkan aksara yang diberiberdasarkan aksara yang diberi
Pengekodan utama ASCII adalah dalam bentuk nombor
Standard Pembelajaran perpuluhan, maka aksara yang diwakili dengan kod ASCII
nombor perpuluhan perlu ditukarkan kepada nombor
Murid boleh: perenambelasan untuk perwakilan. Kod ASCII nombor
1.2.3 Menukar
pengekodan ASCII kepada perpuluhan dapat ditukarkan kepada nombor perenambelasan
nombor perenambelasan dengan mudah berdasarkan dua kaedah.
berdasarkan aksara yang Kaedah pertama ialah melibatkan pengiraan dengan
diberi. menggunakan kaedah bahagi dengan 16 dan gunakan
bakinya. Kaedah ini sama seperti apa yang anda belajar dalam
Subtopik 1.2.2(i).
Contoh 1.14 Penukaran aksara “a” daripada kod ASCII kepada nombor perenambelasan.
Kod ASCII “a” ialah 97.
Gunakan kaedah bahagi dengan 16 dan gunakan bakinya untuk penukaran.
97 ÷ 16 = 6 baki 1 Baki dibaca dari
bawah ke atas
6 ÷ 16 = 0 baki 6
Baki yang dibaca dari bawah ke atas akan menghasilkan jawapan 61 .
16
Maka, aksara “a” dari kod ASCII diwakili dengan 61 .
16
28

