Page 39 - Buku Teks ASK Tingkatan 2
P. 39
Kaedah kedua dilakukan dengan merujuk kepada Lampiran A yang menunjukkan
perwakilan kod ASCII dalam nombor perpuluhan dan nombor perenambelasan dan mencari
nombor perenambelasan yang setara dengannya.
Contoh 1.15 Penukaran aksara “D” daripada kod ASCII kepada nombor perenambelasan.
Nombor Nombor Nombor
perpuluhan perduaan perenambelasan Aksara
66 01000010 42 B BAB 1
67 01000011 43 C
68 01000100 44 D
69 01000101 45 E
Berdasarkan Lampiran A, kod ASCII “D” diwakili dengan 44 .
16
Aktiviti 1.17
Aktiviti
Individu
Menukar pengekodan ASCII kepada nombor perenambelasan dengan menggunakan
kaedah pengiraan.
1. Huraikan kaedah pengiraan yang digunakan untuk menukar pengekodan ASCII kepada
nombor perenambelasan.
2. Gunakan kaedah pengiraan, kemudian tukarkan kod ASCII yang berikut kepada
nombor perenambelasan.
82 65 74 73 78
3. Gunakan Lampiran A dan terjemahkan hasil nombor perenambelasan yang diperoleh
daripada Soalan 2 kepada aksara. Apakah perkataan yang diperoleh?
Aktiviti 1.18
Aktiviti
Individu
Penukaran kod ASCII yang mewakili aksara.
1. Berdasarkan Lampiran A, tukarkan aksara-aksara yang berikut kepada kod ASCII.
(a) P
(b) Y
(c) @
(d) =
2. Kemudian tukar setiap kod ASCII kepada nombor perenambelasan dengan menggunakan
kaedah pengiraan.
29

