Page 42 - Buku Teks ASK Tingkatan 2
P. 42

Cabar Diri Anda

            Berdasarkan pemerhatian anda, bandingkan Contoh 1.8 dan Contoh 1.16. Penyimpanan dan
            pembacaan sistem nombor yang manakah lebih efisien? Berikan pandangan anda.



                                         Aktiviti 1.20
                                         Aktiviti
                                           Individu
                                       Hasilkan satu ayat daripada bahasa mesin kepada nombor
                                       perenambelasan.
   BAB 1
                                       1.  Berikut ialah satu ayat yang diberi.


                                            Saya suka belajar ASK.

                                       2.  Berdasarkan Lampiran A, kenal pasti nombor perduaan
             TIP                           bagi perwakilan aksara-aksara dalam ayat di atas. Kemudian
                                           kenal pasti nombor perenambelasan yang setara dengannya.

             Jangan lupa bahawa        3.  Catatkan semua hasil anda dalam jadual dengan kemas.
             ruang kosong ialah satu
             aksara dan diwakili oleh   4.  Apakah pemerhatian kepada hasil dapatan anda?
             satu nombor perduaan.     5.  Apakah kesimpulan yang dapat anda buat berdasarkan
                                           pemerhatian di atas?






                        Aktiviti 1.21
                        Aktiviti
                          Kumpulan

             Sediakan folio digital mengenai sistem nombor perenambelasan dan perwakilannya dalam
             pengekodan ASCII.
             1.  Lakukan sumbang saran dengan rakan sekumpulan anda untuk perkara-perkara yang
                tersenarai berikut:
                (a)   Kepentingan nombor perenambelasan
                (b)   Hubung kait pelbagai pengekodan ASCII dengan nombor perenambelasan
                (c)   Kepentingan perhubungan pelbagai pengekodan ASCII dan nombor perenambelasan
             2.  Kemaskan hasil sumbang  saran kumpulan  anda  dan sediakan satu folio digital  dengan
                perisian persembahan yang sesuai. Anda digalakkan untuk menggunakan peta pemikiran
                untuk perwakilan data anda.







         32
   37   38   39   40   41   42   43   44   45   46   47